Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, September 06, 2010

TAG : Raya Award ;)

Salam,

Dah dekat nak raya ni, rasanya beraya di KL lagi lah aku tahun ni. Memandangkan aku dilanda duka dan nestapa, maka aku mahu buat tag yang di tagged oleh kawan aku, Cik Adila. Raya Award? Omaigot, macam pemenang Oscar takpun Grammy Awards la pulak kan. Apa-apa pun, layannnn..

Meh kita jawab soalan TAG : Raya Award dulu, lepas tu baru lah boleh terima Award nye kan?

1. kalau balik raya, rumah siapakah yang anda akan balik?

:: Kalau dah kawin tahun depan, balik rumah mak mentua dulu lah kot. Haha. Lepas tu baru balik umah sendiri. Gile gatal aku ni..haha

2. juadah apakah yang sering dihidangkan pada hari pertama RAYA anda?

:: Macam biasa lah, ketupat palas, nasi impit, rendang and kuih kacang. Selalunya aku akan rajin buat Kek atau pun pudding. Raya tahun ni nak buat ape eaaa..


3. Pakaian anda di pagi Raya?

:: Kalau raya dekat kampung, dah tentulah pakaian pagi aku Baju Raya. Nak tengok dengan cousin-cousin sapa ada baju raya yang paling vouge! Haha. Biasanya auntie-auntie je yang vouge lebih dari kitorang.

4. anda pergi sembahyang Raya tak?

:: Sembahyang Raya? Owh..rasanya tahun ni tak pergi. Sebab tak boleh. Kalau tahun-tahun lepas pun tak pergi, sebab bangun lambat tak pun menolong dekat dapur.


5. masa salam dan mohon maaf dengan mak ayah, apa yang anda cakap?

:: Ala, benda biasa la yang semua akan buat, minta maaf, salam-salam, cium tangan, ada drama pagi raya lagi, tangisan dan rintihan di Aidilfitri. Macam tak biasa je korang kan? Aku suka tengok akak aku, sebab dia ni sensitif sikit. Tak start sesi pun dah mengalir air mata. Hahahaha.


6. berapa banyak duit Raya yang anda selalu dapat?

:: Masa kecik dulu paling banyak pun 100 kot. Pasal aku ni jarang nak berjalan hitamkan kulit. So harapkan macik-macik dekat kampung tak pun orang yang datang menepek dekat umah je la. Tapi sekarang, start beberapa tahun yang lepas rasanya tak sampai 50 kot?


7. Apa tema baju raya korang tahun ni?

:: Tahun ni raya KL, so takde tema. Kalo ada pun, kaler merah. Boleh? Sebab hati marah tak dapat balik kampung.


8. Apa perkara yang korang suka masa hari Raya?

:: Dapat duit raya. Dapat jumpa adik and cousin-cousin serta makcik-makcik. Dapat lalu Penang Bridge.


9. Siapa insan yang anda ingin minta maaf sangat? kenapa?

:: Dengan Mak laaa..sebab aku ni gile jahat kot..durhaka sungguh. Haha.


10. kalau nak Raya AWARD's kenalah tagged kawan-kawan kamu juga..senaraikan..

:: Einz Momoe
:: Sesapa yang terbaca entry ni. Tapi kalau dah buat, janganlah nak buat lagi okeh!

So bila dah habis menjawab soalan TAG ni, nah ambil award ni :

Lihatlah DUNIA..

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)