Hari kedua, boleh plak bantai bangun lambat. Jadi aktiviti start lepas solat jumaat. Kami pergi Underwater World dekat Pantai Cenang. Tempat ni sederet dengan kedai Duty Free Zone dan Coco Valley. Lepas parking kereta, masuk dan beli tiket. Total lost : RM56 untuk dua orang. Rugi RM12 sebab encek kajicuaca tak bawak staff id. Kalau government dapat harga RM22 sorang.
Mula-mula masuk ada orang tangkap gambar dan bagi kupon. Masuk je dah nampak ikan-ikan, ular, biawak dan segala macam binatang reptilia. Misi aku satu je, nak tengok penguin yang comel dan kelakar macam yang akak aku dok sebut-sebut sebelum ni. Masa aku datang tu bukan time bagi makan penguin, tapi singa laut. Sempat tengok singa laut tu buat action. Lepas dapat tengok penguin, kebanyakkan lepas tu ada ikan, jellyfish, starfish dengan batu karang yang lawa-lawa. Ada jugak kuda laut dengan udang kecik.
| Comel! |
Lepas tu masuk Duty Free Zone dengan Coco Valley sebab nak survey harga chocolate. Ada certain benda yang berbaloi kalau kita beli dekat langkawi ni dan ada tak berbaloi. Paling best bila Milkyway Chocolate dia offer buy 1 free 1 dekat Duty Free Zone tu. Aku tak pernah jumpa lagi kedai jual Milkyway dekat area KL ni, so benda tu aku pasti beli bila nak balik nanti.
Lepas habis, kami pergi Kota Mahsuri. Jalan nak pergi sana lalu jalan kampung dengan sawah padi. Mula-mula confuse jugak takut tersesat jalan tapi lepas dah nampak signboard, lega sikit. Masuk sana kena bayar jugak. So total lost RM10 untuk dua orang. Ada rumah dalam tu yang nak naik kena bayar jugak. Tapi kami tak naik just bergambar dekat tangga bawah je. Yang mana boleh naik, kami naik. Tak lama pun jalan dalam tu, lepas tu kami ke Padang Mat Sirat cari makan. Sampai sana terus ke Beras Terbakar dulu, lepas tu singgah satu kedai dekat tengah-tengah tapak pasar malam dan makan. Makan dekat situ untuk dua orang RM12. Menu yang kami makan : bihun tomyam, nasi goreng ayam, teh o ais dengan ABC.
| Lepak tengok sunset. |
Ok. Bye.


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)