Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, July 14, 2011

JJCM - Day 3

Hellow,

Sebenarnya aku tak tau nak buat apa dekat office ni, makanya aku pun buat entry ni. Maleh aku nak tunggu esok.

Day 3 - Sabtu

As planned, kitorang pergi naik Cable Car. Teruja ni memula nak pi sana. Sebelum sampai sana, singgah Marina Harbour beli makanan keperluan perut dekat Petronas. Lapar kot bangun, siap-siap terus pergi sana. Time sampai tu aku dah nampak KFC punya sign. Hati berbunga-bunga la apa lagi. Lepas beli air, bun dan lain-lain terus gerak pi cable car. Located dalam Oriental Village Mall. Sebelum sampai lalu kedai-kedai jual baju, beg, segala macam benda yang kau rasa nak beli tapi tak perlu pun. Haha. Oleh sebab kitorang datang bukan time Happy Hour, makanya tak dapek la discount 50%. Happy hours dari pukul 5pm to 7pm. Total lost RM60 untuk 2 orang. Kalau Happy Hour dapat RM15 sorang. Murah tak murah tu..

Nebes gak masa naik tu sebab tinggi gile kot dan antara satu cable dengan satu cable lain jauh. Bila last cable tu haa yang tak boleh blah, tinggi gileee..cuak gak kitorang laki bini. Hahaha. Memang dasar penakut. Macam biasa la naik atas sana buat ape lagi, sightseeing je la pon. Bukan ada bungee jumping ke hape ke. Kalau ada kau ingat aku berani nak try? Berani mati kot. Paling penat bila nak turun ke jambatan gantung tu lepas tu angin gile kuat kat tengah-tengah jambatan, mau kau tak sakit jantung kalau terbang? Dah nak balik ke cable tu yang paling mencabar, gile lenguh kaki boleh tercabot kepala lutut jari jemari kaki aku nak panjat balik. Stamina tak kuat kot sampai tercungap-cungap. Sampai atas tu dah sesak napas aku dibuatnye.


Masa nak naik..Cover Nebes.
Turun je dari cable car, longlai gile terus tak jadi planning petang tu. On the way balik ke hotel, sempat singgah KFC dekat Petronas tadi tapi take away je dan lepas tu aku rasa aku ni sangat lapar aku singgah pekena Laksa Power dekat tepi airport runway. Laksa dua mangkuk, cendol pulut dengan air anggoq dan total lost RM9.

Balik tu melepak tengok cartoon sampai maghrib. Dinner kitorang laki bini makan KFC yang beli siang tadi. Lepas makan, jalan-jalan sampai Pekan Kuah nak usha tempat nak shopping time last day nanti. Kat sana sempat la aku beli kinder bueno 3 pack dengan nescafe 3 in 1. Lepaa tu balik singgah makan durian tepi jalan sebiji, RM6 dan sampai area Pantai Cenang cari kedai burger pulak. Haha. Makan je keje ko.

The End.

Ok. Bye.

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)