Hari selasa hari melawat PIL. Haha. Ok masuk ni dah dua kali aku pergi melawat depa memandangkan hari selasa MIL aku cuti, jadinya aku datang sebab semalam aku pun cuti. Tujuan cuti semata bukanlah semata-mata nak perabiskan cuti aku yang berbaki satu hari sampai hujung bulan ni, tapi sebab nak proceed dengan medical check up dan appointment memang every tuesday. Alhamdulillah dah settle bab medical check up ni. Aku pun sihat walafiat. Yeay!
Oleh sebab medical check up aku pukul 2 petang, maka aku tak nak lah buang masa nak memanjang amek cuti selalu, aku settlekan 2 benda pagi tu ; hantar copy buku bank dengan ic dekat office MPSJ dan pergi amek sijil nikah dekat JAIS. Masa amek sijil nikah tu kena tunggu jugak sebab tak jumpa sijil sebab orang tu salah letak. Nasib baik ada, cuma belum cop lagi je. Masa aku datang tu, takde orang lain yang menunggu. Lepas tu proceed pergi bangunan sebelah untuk buat kad nikah. Kad ni kena bayar RM20 untuk sorang, so total kena bayar RM40. Sebelum naik level 4, sila photostat sijil nikah depan belakang dulu dan make sure gambar kita dan pasangan ada. Dah naik, isi borang dan bagi dekat orang tu gambar, copy sijil nikah dengan duit RM40. Lepas tu tunggu kejap dan kerani tu akan panggil untuk bagi resit. Kad boleh amek dalam masa 5 hari. Kalau kata kita kerja, suruh la salah seorang dari suami atau isteri pergi amek pun takpe.
Jumaat ni last, lepas ni melepak je dekat rumah krohh krohh tido sampai tengahari buta. LOL. Next week ada exam for subject Institusi-institusi Islam, dan lepas tu free sampai la lepas raya. Bulan puasa ni bulan untuk bersenang lenang dan harap-haraplah surat untuk report duty sampai cepat. Malas gile nak lepak lelama kat rumah cam harem je bosan dia. Few days ni im gaining on my weight, opkos le malam-malam asyik makan dah ada lauk yang menarik time waktu dinner je. Lepas ni kena start exercise balik, kasi fit ini badan takmo le baru je kawen da menggelebeh sana sini macam da sploh tahun ko kawen dah anak ramai.
Weekend ni ada majlis sana sini situ. Wajib pergi majlis nikah kawan aku, cik Erna on Saturday. Lepas tu kena gerak pergi umah PIL pulak sebab nak ziarah menziarah umah sedara mara belah encek kajicuaca. Maknanya malam tu kena tido sana sebab Ahad nak ke Cheras ada kenduri umah makcik beliau. OMG. Terpaksa berpisah semalaman dengan tilam empuk di rumah. Apa-apa pun, diharapkan aku tabah menghadapi dugaan. Hahaha. Takde kena mengena pun, aku tau.
Ok lah. Membebel dah banyak. Aku kena stop.
Bye.


eh u lps kawen ada mslh berat badan x?? ngeee lari topik la pulak kan? haha
ReplyDeleteNana : memang ada..rasa gila badan naik..haha..lagi2 tang perut tu..:P
ReplyDelete