Hellow,
Makin dekat dengan hari-hari last dekat office, makin malas aku dibuatnya. Kerja start khamis lepas nak taknak je buat atau dengan kata lain aku tak sentuh pun. Pagi tadi sampai ada la sentuh sekejap dan lepas tu haram aku nak sambung buat. Haha.
Esok aku cuti. Banyak benda nak kena settlekan. Aku nak pergi dewan untuk proses duit deposit masa majlis aritu, nak pergi PAID ambil sijil nikah (itupun kalau dah siap) dengan petang tu nak kena pergi Klinik Kesihatan Putrajaya ambil urine test dengan jumpa doc.
Letihnya nak buat semua benda ni. Kalau sempat aku nak pergi Suruhanjaya Sumpah untuk settlekan borang 6B-Akuan Sumpah. Timesheet, leave form, claim form dengan PPE nak kena hantar dalam minggu ni sebelum aku blah. Sumpah aku malas nak pergi office contractor aku tu. Nak kena naik bas lagi menghurung barang-barang semua. Paling malas pun nak kena drive hantar. Itu dah pakai duit banyak sebab nak masuk parking balik dah kena bayar, sampai office sana kena bayar parking, dengan jam time lunch lagi. Memang sakit kepala dibuatnya.
Pasal deposit dewan tu belum tentu lagi dapat full deposit sebab kerani yang jaga tu kata dewan sepah padahal mak aku kata before dia balik dah bersih da. Suspect cleaner indon dekat dewan tu yang pedajal pasal dia mintak duit dekat mak aku katanya upah dia bersihkan dewan. Masa akak aku kawen last year takde pulak cleaner ni. Ni siap mintak sorang RM100 lagi. Boleh blah la kalau macam tu. Kerani tu pun boleh plak kata dia takde kena mengena dengan isu tu dan hal tu antara pihak kitorang dengan cleaner. Macam-macam hal lah plak kan.
Apa-apa pun mesti nak kena settlekan jugak cepat-cepat. Takdelah serabut sangat nanti bila aku dah report duty. Takkan baru kerja nak apply cuti dah kot? Record tak cantik ar macam tu kan. Harap-harap semua urusan aku dipermudahkan. Amin.


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)