Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, September 20, 2011

Ceritera di kala bosan

Hellow,

Akhirnya berjaya menge'loan' balek lappy dari ownernye. Sekarang bole la nak hapdet belog ni. Baru pas makan drummet ayam tetengah malam ni haa...burppp..*alhamdulillah*.

Ceritanya semalam aku bertungku dengan mak. Adoi ai..panas kemain batu tungku tu, tapi nak menungku nye tak berapa nak reti jadi aku main tekan je la mana yang aku rasa cam sedap nak tekan. Haha. Pastu petang tadi pergi berurut satu badan ni haa. Sedap gile pergi berurut tapi SAKITTT kau. Lagi-lagi bila dia urut tang perut kebawah tu. Adoi aiii! Sabau je la aku. Seperti sedia maklum, perut aku ni dah pun masuk angin bak kata akak tukang urut tu. Dia betul-betulkan urat mana yang patut sambil sembang-sembang kosong. Katanye rahim aku rendah je, senang nak mengandung balik. Kalau ada rezeki lepas ni, alhamdulillah la tapi kena tunggu la ye lagi 3 bulan. Hehe.

Tukang urut ni dekat Pantai Dalam. MIL yang bawak and bayarkan sekali. Adoi segan lak aku. Sekali urut untuk orang pas bersalin/gugur dalam RM50 tapi aku rasa memang berbaloi. Kalau urut tu sekali dengan tungku, mandi baby etc. Tapi sebab aku tak bawak batu tungku jadinya dia tak wat la. Mandi baby ape jadahnye nak wat. Hehe.

Okey sekarang dengan bangganya nak bagitau yang perut semakin mengempis. Haha. Sukanya aku. Yela dulu ada budak dalam tu, memang la agak kebuncitan sket. Sekarang makan jamu, pakai minyak panas blablabla sume, dah nampak la perubahan. Eksaited lak nak timbang berat badan. Nasib lew umah aku ni scale weight da rosak, kalau tak tiap kali aku makan mesti nak timbang. What the heck. Sementara tak kerja ni kena jimat duit, tapi dalam hati dah beriya nak beli scale weight digital tu. Pakai voucher IKEA sudah la. Kalau tak pakai untuk menimbang berat bole pakai wat jam.

ANTEN Scales pounds/stones/kg Diameter: 30 cm Height: 3.5 cm Max. load: 150 kg
Tu diaa...

Ok sat lagi rajin aku sambung. Tangan da lenguh da ni. Hehe.

Bai.

2 comments:

  1. wah wah dh kempis ek perut? i pulak mkin buncit...buncit dgn air...hihi

    ReplyDelete
  2. hehehe..Nana..xlama lg buncit dgn baby la plak..:)

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)