Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, September 16, 2011

Long Weekend..wohoo!

Hellow..!


Best bukan kalau cuti lama hujung minggu? Hehe..kalau yang kena kerja tu tak dapek den nak nolong lew.. Eden ni haa yang dok melepak kat umah pun bosan gak. Ada hikmah juga aku tak bekerja ni dan tak pergi kerja kat kedah nun..kan naye je. Perut ni senak je sejak dua hari lepas. Nak kata makan kurang tak jugak, banyak jo kono makan. Angin banyak sangat kot.


Cite pasal berpantang ni, sume makanan mesti freshly cook dan panas-panas. Kalau makanan yang dipanaskan balik tak bole makan. Minum pun air suam-suam je. Air milo, air kopi dengan air kosong suam. Teh o memang harapan la nak dapat minum kang berangin satu badan. Pagi tadi pulak kena paksa dengan mak makan half boiled egg dengan pepper. Perghh..memang kembang tekak guwa makan macam tu. Kalau ada kicap sedap la jugak.


Cite pasal kicap plak, memang tak dapek nak makan. Segala jenis benda yang diperam, masam, bercuka etc memang tak boleh. Sos, kicap, mayonis, yogurt, whipped cream, cheese, air sunquick, ribena dengan segala kejadah yang jual kat supermarket tu lah. Kfc, mekdi, pizza, secret recipe you just name it memang tak bolehhh.. Air sojuk dalam peti es tu pun jangan disentuh dan nak bukak peti es tu pun tak boleh selalu bukak. Tido malam kipas tu kat nombor 1 atau 2 je..paling kuat pon 3. Peliknya tak terasa panas sangat pun. Sian encek suami la yang terpaksa berpanas. Hihihi.


Plan nak pergi berurut pun tak lepas lagi ni sebab orang yang mengurut demam. Kelakarnye bila dia siap bole tau bila sihat balek, 'jumaat sabtu ahad depan boleh la datang'.. Adoi ai.. Ni pun kena cari tukang urut dekat-dekat rumah tapi ongkosnya kena ada la. 3 hari dalam rm200 kalau tak silap aku la. Takpe la biar bayar lebih janji tak rugi.


Bagi kawan-kawan yang tengah mengandung kat luar sana, sila jaga diri elok-elok okeh! Kita tak tau apa yang nak jadi kat kita. Prepare mental dengan fizikal je lah. Paling penting kena redha.


Ok dah bye. =)

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)