Syahdu betul tido di kala ujan di tengahari ni. Haha. Baru lepas melantak bubur ikan bilis + daun lemuni + black pepper + scramble egg. Tak makan habes pun, sebab sibuk menghadap lappy tau-tau je dah sejuk bubur tu. Bila dah sejuk mana bole makan, mak aku marah okeh. Nak berjalan, encek suami merangkap driver pun takde, kalau ada pun harapan lah kau nak berjalan melainkan terpaksa macam pergi berurut haritu. Adoi, mati kutu aku dibuatnya duduk dekat rumah ni kiah oii.
Bila dah duduk umah tatau nak buat ape, mula la rajin nak mengemas itu ini. Mulut ni pun rajin membebel kalau encek suami ada kat umah. Kahkahkah. Tension je mamat tu kann. Masa kerja dulu rajin dok baca belog ni : IHeart Organizing. Baru-baru ni terbaca balik jadi semangat la nak organize barang-barang bakery aku yang berlambak tu. Start dengan labelling ingredients dulu. Nasib baik aku beli extra jar time untuk doorgift time kenduri aritu, ade la jugak kegunaan walaupun tak besar mana. Buat masa ni baru asingkan : ground almond, chocolate chips, gelatine, konnyaku jelly, bread crumbs, mixed herbs dengan bunga fondant. Insyaallah lepas ni kalau dah boleh keluar, nak ke Daiso beli bakul nak simpan jar yang dah label. Label pun belum print lagi. Suruh encek suami printkan dekat office je.
Banyak lagi sebenarnya benda yang aku nak sort dan organize. Baru senang nak cari and pakai nanti. Nampak tersusun dan kemas. Wardrobe aku dan encek suami pun belum habis orgamize. Nampaknye aku nye baju-baju overloaded sampai tempat untuk letak baju encek suami pun limited je. Kena beli drawers baru la kot. Masa pergi Carrefour haritu sempat beli hangers dengan S-Hooks je. Banyak benda nak kena beli, tapi kena beli pas da start kerja la dulu. Kalau beli sekarang tak dapat la kot.
Lepas ni nak try organize barang-barang dalam drawers kat dressing table. Baru kemas haritu dah semak balik. Banyak sangat kot barang yang tak penting masuk dalam tu. Barang facial pun terpaksa simpan dalam plastik multi purpose sebab takut kena habuk. Kalau dah berhabuk aku pun jadi malas la nak menepek segala serum dengan krim kat muka sebab takut naik jerawat.
This weekend belom ada class lagi. Start next week baru ada class. Harap-harap bole la aku siapkan pape yang patut. Wish list untuk projek "bedroom organizing" ni :
![]() |
| GRUNDTAL hanger for door |
| SKUBB Box |
Ok. Bye.



No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)