Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, September 22, 2011

Bila kita asyik memandang ke atas..

Hellow,

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah dah kenyang baru lepas lunch and makan ubat dan jamu-jamuan yang erghhh..tak sedap gilew rasanya! Nak buat macam mana, nak taknak kena telan one shot kalau taknak terasa sangat dekat tekak tu. Siapa pernah minum air lemuju kukus? "Sedap" gilew bukan? Sampai sekarang terasa 'kesedapan' minum air tu.

Semalam sebelum tidur, sembang-sembang dengan encek suami. Cerita dari apa yang dia buat dekar t masjid tengah malam semalam sampai la masuk cerita hantu etc. Semalam dia mimpi pasal baby, elok je dia azankan baby tu..dah terjaga. Sedih je dia rasa. Aku senyap je la. Dia sambung cerita pasal yang aku miscarriage tu, dia kata yang anak yang kami hilang tu lah akan jadi aset yang akan tolong kami di akhirat nanti. Walaupun hanya seketul daging dan darah, dia tetap anak kami. Mana lah tau mak dan ayah dia ni sipi-sipi nak masuk neraka, anak tu lah akan tolong kami. Insyaallah. Jadi kami tak payah nak sedih-sedih. Semua benda yang jadi ada hikmahnya dan baru aku faham sekarang apa hikmah disebalik semua yang terjadi ni. Aku harap aku akan jumpa dia di akhirat nanti. Amin.

Sebelum ni, aku selalu fikir dan rasa yang duit aku sentiasa tak cukup. Sama lah dengan suami aku. Tapi bila dia cakap yang kalau kita asyik fikir macam tu je, kita ni tak sedar yang ada orang lain yang kurang dari kita. Alhamdulillah setakat ni tak pernah berlapar, kalau ada nak kena bayar itu ini, ada je cara dan rezeki yang datang dari mana-mana. Tuhan Maha Adil kan, dia tau setakat mana rezeki yang dia patut bagi dekat hambaNya. Maybe kalau dia bagi rezeki lebih-lebih dekat suami aku, manatau dia pi gatai nak ade aweks lain ke kahwin lain ke. Kita bukan tau kan? Kalau Tuhan bagi rezeki lebih dekat aku maybe aku nanti boros beli barang yang tak perlu, membazir sana sini. Betul tak? Sekarang ni, aku bersyukur apa yang aku ada. Aku ada suami yang sayangkan aku, aku ada mak ayah adik kakak dan dua ekor kucing yang selalu buat muka bosan. Haha.

KiKi the Moron Cat

Sekarang aku harapkan yang aku akan dapat kerja yang elok, aku dapat grad dengan cemerlang dengan Allah kurniakan anak yang sihat dan soleh/solehah. Amin.

Ok. Jumpa lagi. =)

2 comments:

  1. betol tu dear, ada hikmah semua tu :)

    n rezeki2 insyaAllah kat mne2 pon ada :)

    ReplyDelete
  2. Yes dear..true indeed..

    Oh once again, congrats dear! am so happy for u..jaga diri leklok..:))

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)