Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, September 28, 2011

New things i learned..

Hellow sumer,

Okey dengan ini aku nak habaq yang aku dah berjaya buat blueberry cheesetart pada hari ni.. Harharhar. Seronok giler. Akhirnya aku buat menatang alah tu. Yeaahh! Lepas ni takdelah aku nak ngokngekngokngek kata salin resepi sana sini bagai tapi tak buat. Sekarang siapa boleh mempersoalkannya? Hah? Hah? Sape? Takde? Ok dah. Jom kita layan gambaq jom.

Sapa mau?
Oh lepas aku dah siapkan sume chees tart ni, akak aku mai bersama suami beliau sebab nak melawat kucing-kucingnya yang dah ditinggalkan sementara nak tunggu bersalin. Datang bukan dengan tangan kosong okeh. Kali ni beliau bawak mee bandung yang sangat sedap. Walhal aku pun tak pernah makan mee bandung kot? Hahaha. Mungkin kat johor aritu sekali. Rasanya lah. Menariknye, mee bandung ni senang je masak. Akak aku pakai perencah yang dia beli siap dekat Ayer Hitam, Johor tahun lepas. Tahun lepas! Sebab dah nak expired bulan depan, tu yang rajin buat tu. Tapi memang sedap. Sepatutnya dalam pantang aku tak boleh makan mee. Tak tau lah sebab ape tak boleh, tapi sebabkan akak aku dah bawak banyak and taknak menghampakan perasaan dia tu, aku pun makan sikit.

Dapppnyeee..!
Dalam masa tak sampai seploh minit aku dah berjaya perabiskan satu mangkuk. Nampak tak mangkuk aku penuh dengan bawang goreng..oh yeahhh..memang lazat. Kalau ada member yang nak pergi lab sem depan aku nak kirim lah perencah mee bandung ni dekat diorang. Pastu boleh panggil mak mentua datang rasa. Kahkahkah. Nampak sangat lah kan??

Okeylah..kejap lagi nak start buat apam polkadot untuk tempahan esok. First order ever. Teruja ai okeh! Babai.

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)