Hellow,
Selamat malam sumer..saya nak tido..krooohhh..kroohhh..Tu dia tidoq burok kemain kan. Hahaha.
Apa kes nak tido awal-awal ni *eh, awal lagi keee?*
Blagak ar kau mentang-mentang tak keje, duk membongkang sampai tengahari takde sape bising. Harharhar. Tak sebest tu kalau kau tak kerja. Bosan giler okeh! Sebab tu la bangun tidoq bangun tidoq sampai tengahari buta. Okeh, fine itu orang pemalaih cam aku.
Pejam celik pejam celik, weh dah tiga bulan satu hari aku dah jadi bini orang. Semalam dah sedar yang dah masuk 3 bulan tapi macam mana boleh lupa nak buat entry. Eleh, dah 3 bulan kawen pun nak buat entry, orang lain kawen berploh taun tak kecoh pun kannn? :)
Alhamdulillah sepanjang berkahwin ni, hidup bahagia sentiasa, aman damai makmur sejahtera dan lain lain. Dugaan yang datang kami anggap sebagai asam garam dalam hidup ni. Semua yang jadi ada hikmah, and yes it is true indeed. =)
Hari ni dah boleh solat balik cam biasa. Sempat lah jugak solat zohor sampai isya' dengan baca quran sekali. Lepas tu check balik pantiliner, nampak cam brownish stain sket. Tak tau la bila yang kuar tu, harap-haraplah Allah terima la solat aku. Aminn.
Aku ada lagi 30 hari nak habiskan pantang aku. Buat masa sekarang dah start keluar rumahh dah. Tapi tak selalu lah. Jamu tak tinggal cuma air lemuju tu aku saja buat-buat tertinggal. Macam malas pulak nak makan. Makan kena pantang lagi dan insyaallah aku akan berpantang sampai habis. Rasa best pulak pantang makanan ni. Air batu, air sejuk, air gas tak minum rasa macam best la pulak cuma dari segi makan sayur, kerepek ubi, pisang, kekacang and buah-buahan(kecuali durian dan apple) yang tak berapa nak best. Lepas dah habis pantang, kalau boleh aku nak avoid makanan masam-masam, air berkarbonat, junk food and fast food sebab nak conceive balik. At least badan ni pun boleh la sihat jugak.
Cakap pasal fast food, tadi baru je aku makan mekdi for lunch. Hahaha. Cakap kemain lagi kan? Tapi makan fast food pun aku berpantang okeh cuma tak berapa nak sihat je la. Order ayam goreng spicy tapi tukar air to hot milo. Lepas tu sibuk ambil pepper banyak-banyak and mix dengan fries. Tak pernah dibuat aku amek pepper kalau pergi makan dekat fast food. Makan ayam dengan fries tak bercili. Huwaaa..sadis je rasanya tapi dalam masa yang sama rasa cam poyo healthy je. Kahkahkah.
Okehla..belakang badan dah sakit, barut dengan bengkung lom pakai lagi. Nak shapekan badan lah katakan..hohoho..
Till then, bye!



No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)