Saya ni pemalu orangnye. Kalau saya tak kenal saya tak tegur, kalau saya dah tegur, maknanya saya dah jadi tak malu. Kalau orang yang tegur, orang tu lah yang tak tahu malu. Saya malu kalau orang tak tegur saya, nanti orang kata saya ni lone-ranger. Arghh, kalau tak tegur pemalu tapi kalau tegur tak tahu malu. What the h?
Saya malu kalau tulis merepek-repek dalam belog saya. Tapi kalau dah tengah tulis tu, mula lah nak melalut semua cerita saya nak tulis. Last-last bila dah tulis panjang-panjang semua masuk draft je. Alah, saya tulis untuk bercerita, kalau saya tulis sebab nak entertain orang baik saya komen dekat belog orang instead of saya buat entry dekat belog saya. Oh kenapalah saya ni kan?
Bila saya nak tulis panjang-panjang pasal saya, saya rasa malu. Sebab saya rasa orang akan kata, alah kenapa asyik nak cerita pasal diri dia je, bagilah entry yang berinfomasi sikit. Haha. Adoi, macam mana kalau ada entry berinfomasi pun pasal info pasal makanan, resepi, makanan, makan, resepi dan blablabla. Orang lain dah habis review pasal wedding diorang tapi saya review ape je? Raw picture dari OP pun tak dapat macam mana nak review kan? Itu satu lagi boleh buat saya marah. Pasal OP. Hmm.
Oklah, nak beli breakfast.
Assalamualaikum.


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)