Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, January 06, 2012

Chef on Fry-day :)


Hellow,

Oleh sebab sekarang ni aku dah jadi full-time housewife, kerjanya tiap-tiap hari fikir nak masak apa je lah. Nasib baik encek suami ni tak memilih atau cerewet sangat pasal makanan. Senang nak masak apa-apa sebab semua dia sebat. Haha. Ok tak la semua tapi at least before nak prepare bahan masak and start masak kena tanya dia dulu, itu kalau dia ada kat rumah. Kalau tak hantam sajalah labu. Balik kerja petang confirm dia makan sebab lapar. :)

Hari ni malas nak siang ikan jadi lauk hari ni pakai ikan bilis dan fish ball. Dalam kepala dok teringat sambal ikan bilis kentang abang nasi lemak bawah office tu, maka terhasillah sambal kentang ikan bilis versi aku. Main hantam kromo je. Sambal kentang aku buat dengan cili api+bawang putih+bawang besar. Masa tumis bahan blend tu aki campurkan dengan sambal ikan belah belakang yang mak aku dah buat. Hasilnya sangat awesome. Sedap kot macam tak percaya aku pandai buat sambal kering macam tu. Haha.

Sejak find out yang aku pregnant, mula lah nak jaga kesihatan. Iyelah benda masih awal lagi dan aku sangat takut jadi macam dulu. Aku masak sayur campur brokoli+karot+kubis panjang. Brokoli rich in folic acid, kalau tak silap aku masa baca kat babycentre. Haruslah makan brokoli banyak-banyak selain dari folic acid tablet tu. Sediakan payung sebelum hujan orang kata. Rasa nak complete aku goreng omelette+fishball. Alhamdulillah kenyang makan tengahari tadi terasa sampai sekarang.

Lepas ni nak share cookware yang baru beli haritu. Sangat berbaloi dan murah tau.

Assalamualaikum.

Published with Blogger-droid v2.0.2

4 comments:

  1. eh u dh pregnant ke dear??? waaaa i baru tahu....congrats tau! i'm happy for u :)

    ReplyDelete
  2. Farah : kena smpoi kalo tak habislah every day nk kn masak yg renyah je.. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. Nana : yup baru je lagi. Lebih kurang kina jgk. Tq dear. Doakan yg terbaik utk i. :)

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)