Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, January 04, 2012

Penantian Satu Seksa :)

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi sebab bagi aku kesempatan lagi sekali untuk merasa nikmat hidup di dunia ni. Hmm. Semalam terbaca entry Kina pasal her double line. Tahniah Kina. Kebetulan aku memang ada beli UPT semalam saja nak try test walaupun jumaat lepas ada check tapi negative. :( Beli pun sebab ingat nak test bila period due nanti. Expected period hari jumaat ni. Bila dah baca entry Kina, tergerak hati nak buat test lepas tu. Masa tu ada kat rumah in laws pulak tapi diorang takde sebab keluar beli durian. Hihi.


Masa test tu dalam ni tak habis-habis berdoa. Bila line indicator keluar, nampak satu line yang terang je. Hati ni sangat kecewa tapi haruslah redha kan. Bilik air rumah in laws macam kelam sikit. Bila angkat test cassette tu tiba-tiba nampak lagi satu line. Kabur gile. Makin lama makin terang. Aku dah tersenyum. Alhamdulillah. Syukur sangat bila satu line jadi dua line. Aku keluar bilik air tengok encek suami dah tunggu sambil tanya. Aku masuk bilik dan tunjukkan kat dia. Dia diam. Aku tau dia happy. In laws balik dan suruh aku makan durian. Aku dan encek suami tak tau macam mana nak cakap yang  aku dah tak boleh nak makan durian. Kami taknak bagitau sebab takut jadi macam dulu. Hmm. Aku sekarang doa sangat yang kandungan ni dapat membesar sampai 40 minggu. Insyaallah.


Siang tadi test pakai digital UPT clearblue, hasilnya macam dalam gambar tu. :'D Semoga Allah lindungi aku dan kandungan aku kali ni. Amin. Ada hikmah sekarang aku tak kerja sementara tunggu masuk balik bulan februari.


" Ya Allah Ya Tuhanku, semoga Kau permudahkan urusan aku kali ini Ya Allah. Kau lindungi dan selamatkanlah dia sehingga dia lahir ke dunia ini. Syukur kerana Kau masih memberi aku kesempatan untuk merasa nikmat untuk mengandung dan menjadi seorang ibu sekali lagi. Amin ya rabbal alamin. "


Published with Blogger-droid v2.0.1

10 comments:

  1. happy for u dear...huuu...
    hari tu ku bleeding..tktaula tu ape..
    byk gile ketull..

    anyway congratz..
    jaga baby tu baik2 k

    ReplyDelete
  2. tahniah asz...alhamdulilah...
    jaga kesihatan baik2 yerk:-)

    ReplyDelete
  3. tahniah miza..kina link dalam mom-to-be gak ye..p/s: ape maksud 2-3 bawah pregnant kat clear blue tu eh?kiranya 2-3 weeks lepas persenyawaan ye?

    ReplyDelete
  4. Hunny kitty : tq. Amin. Smoga slamat. :)

    ReplyDelete
  5. Farah : tq fa. Insyaallah smua akan ok. Jgn risau k. :)

    ReplyDelete
  6. Hayati A.G : tq yati. Insyaallah. Salam perkenalan. :)

    ReplyDelete
  7. Kina : tq kina. Tahniah utk kina jgk. Anak kita lahir sama bulan nanti. Insyaallah. Haah yg 2-3 tu mggu lps persenyawaan. Tp klo ikut tarikh last period baru masuk 4 weeks. Masih baru n fragile.

    ReplyDelete
  8. ya allah asz,npe sy blh terlepas pandang berita gembira ni!!happy 4 u asz..nt mst blog ni bertukar jd blog mommy to be plak kan?jelesnya i..tbe2 lak sedeyy,sob sob:(
    jaga dri n bby baik2 yea asz,better awak pergi klinik n bt pengesahan doc awal2 pastu mtk ubt kuatkan rahim.insyaallah bby n awak akn chat2 je.tahniah asz,nt doakan sy plak k:)

    ReplyDelete
  9. Cheq Sue : alhamdulillah cheq sue, rezeki allah nak bagi awal. Jangan la sedey cheq sue, asz doakan cheq sue akan pregnant cepat. insyaallah. So far sekarang makan acid folic je semenjak miscarriage aritu. Ingatkan masuk 8 weeks baru nk pergi jumpa doc skali scan. maybe akan pergi awal makan ubat kuatkan rahim tu skali. :) tq cheq sue.

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)