Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, February 27, 2012

9 hari yang lepas

Hellow,

Last week baru settle dapat GID card tapi email masih belum configure dalam scan machine. Email yang lama masih ada, aku tak pasti boleh pakai lagi ke tidak. Takut la jugak dah penat aku menapak kat machine scan kat depan tu, sekali gambar tak sampai. Last sekali terpaksa scan ke email my friend, Ira kat office dan suruh dia forward balik kat my new email. Cerita panjang-panjang pun tak guna kan. Bukan orang nak tau macam mana aku scan. Adoi. Melalut pulak.

Haritu dah buat entry pasal my lil caliph, scanned at 10w 1d. So rasanya tak perlu kot nak cerita lebih. Again, bukan orang nak tau sangat ponn. Haha.

Based on LMP : 10 week 1 day
Estimated : 10 week 5 day
Length : 41.62 mm
Movement : Detected
Heart beat : Normal
EDD : 10/9/2012
So, left-hand side : Kepala, tangan, badan. Right-hand side, versi yang sama cuma kepala dia tak berapa nak nampak sebab dia tengah bergerak. Nampak badan aje. Bawah tu heart beat rate dia. Tiap-tiap hari aku mampu pandang gambar ni je la. Harap baby dapat membesar dan terus membesar. Insyaallah.

My sickness nampaknya masih belum hilang lagi. Biasalah, asal petang je mula la lemau datang. Loya semacam. Perut tak selesa dah tak ada sangat, kadang-kadang je datang. Alhamdulillah la nak tidur pun senang sekarang. Sakit pinggang aku rasa sampai bersalin kot baru hilang. Hehe. Nampak sangat aku ni pinggang dah loose. Suka minum ais sangat dulu kan. Sekarang baru preggy anak 1st dah sakit sana sakit sini.

Minggu ni minggu gaji. Tak sabarnya nak bershopping. Bukan shopping barang baby, tapi barang sendiri dulu. Banyak baju seluar dah tak berapa nak muat. Nak selamat kena beli yang besar sikit. Mungkin barang baby nak beli sikit masa maternity & children expo kat MVEC nanti. Walaupun macam terlalu awal, at least dapatlah kurangkan membeli barang masa dah nak due nanti. Kurang jalan kurang penat. Time tengah larat nak berjalan lah kita shopping.

"Baby, tolong kuat dalam perut mama ye. Mama pun kena kuat untuk baby. Mama harap baby akan terus kuat sampai cukup masa nak keluar nanti. Insyaallah, Mama akan buat yang terbaik dan termampu untuk baby. Semoga Allah akan selalu lindungi kita sekeluarga. Semoga rezeki mama dan daddy akan terus ada untuk baby nanti. Amin ya rabbal alamin"

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)