Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, February 28, 2012

Laundry Story

So, my leave on Thursday dah approve. Yeay! Boleh settlekan hal check up dan renew lesen sekali. Lepas tu boleh shopping sikit beli mana yang longgar longgar untuk di pakai. Kalau nak kata semua baju dah tak muat tu takde lah, just dah sendat and ketat je. Taknak la bagi baby suffocate dalam tu, so aku kena la pakai yang loose sikit. Baju kerja nak kena beli lagi dan yang penting aku nak cari semua baju yang tak payah nak iron. Boleh? Selama ni jarang sangatlah aku iron baju termasuk baju kurung except baju kerja encek suami dan seluar kerja dia. Itu pun kadang-kadang sebab most of our shirts and pants memang tak payah nak kena iron pun. Senang kan kalau pilih baju yang jenis kain tak senang kedut. Jimat masa, jimat elektrik dan jimat duit. Haha.

Lagi satu kalau bagi aku, kalau taknak baju berkedut seribu lepas basuh, sidai pakai hanger pastu tak payah lipat. Tapi ada certain baju yang tak berkedut kalau buat macam tu, ada pulak baju yang kena sidai kat ampaian macam biasa. Lepas ni nak try hantar baju kat laundry. Kadang-kadang best jugak kalau hantar laundry sebab nanti baju kita dah siap cantik lipat dan aku sangat suka bau laundry! Bau dia macam best je. =)


Best kalau ada tempat laundry macam ni..
Kalau ada rezeki dapat tinggal rumah sendiri, aku akan sediakan satu corner at least untuk buat tempat laundry. Kalau dapat buat macam gambar atas ni pun cantik jugak tapi kena la beli rumah besar sikit. Lepas tu nak kena ada washing machine front load, dryer dan nak kena install cabinet furnishing. Ada jugak sekarang yang washing machine sekali dengan dryer. Tapi kalau dah negara kita ni jenis iklim khatulistiwa, pakai dryer tu tak perlu sangat melainkan time emergency nak pakai baju cepat dan time hujan.

Buat masa sekarang, yang aku mampu, BERANGAN jelah.

Assalamualaikum

2 comments:

  1. perghhhh kelassss betol kalau ada laundry area camtu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe Nana. memang kelasss gitu. Tapi tak semua yang kena dengan negara kita ni kan. :)

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)