Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, February 14, 2012

Amalan Membaca Surah

Hellow,

Time pregnant ni, banyak mom-to-be yang amalkan baca surah-surah macam yusuf, maryam, luqman, yasin etc. Aku pun tak terkecuali, tapi biasanya aku akan pasang application Quran dekat phone dan tinggikan volume and dekatkan kat perut instead of aku bukak Quran dan baca ayat tu. Setahu aku handphone kita ni kan ada certain frequency yang kadang-kadang boleh membahayakan kita. Kadang-kadang takut jugak nak dekatkan phone kat perut, takut ada effect pulak. Mak aku kata, lagi bagus kalau kita baca terus from Quran, lagi afdal. Hehe. Setakat ni aku pernah baca direct surah Yusuf dan Luqman. Itupun surah Yusuf baca separuh separuh. Boleh pulak aku main sambung-sambung baca tapi janji habis.

Baru-baru ni, makcik-makcik aku datang dan bagitau yang surah-surah tu sebenarnya kena baca ikut trimester. Itu kata ustaz/ustazah yang diorang selalu dengar ceramah. Tak tahu pun aku sebab selama ni aku main baca je semua surah. Haha. Ikut kata ustaz/ustazah tu :

1st Trimester : Surah Yusuf - Sebabnya surah tu cerita pasal pembentukkan manusia etc and during 1st trimester kan masa pembentukan baby. So maybe itu sebabnya.

2nd Trimester : Surah Luqman - sebab surah ni cerita pasal nasihat Luqman Hakim kat anaknya etc. Aku belum baca lagi dia punya translation. Time ni otak baby tengah berkembang and so on. So maybe kalau nak anak yang pandai dan bijak, sebab tu kena baca surah Luqman time trimester ni.

3rd Trimester : Surah Maryam - surah ni cerita pasal Maryam mengandung pastu nak bersalin bawah pokok kurma etc. So maybe nak memudahkan kita bersalin, tu yang kena baca surah ni sebab time ni adalah trimester terakhir before baby keluar kan.

Yang lain-lain surah tu maybe boleh baca bila-bila masa. Pasal amalan baca surah ikut trimester ni aku tak tahu sangat apa sebabnya. Just my humble opinion kenapa kena baca surah during that certain trimester. Aku pun tak pasti sangat. Kalau ada yang nak confirmkan kebenaran ni, sila la bagitau ye.

Selain dari tu ada la jugak aku baca doa ni sekali sekala bila teringat. Hehe. Bukan hari-hari rasa rajin ni datang kan. Bila dah ada masa dan teringat, baca la.


Doa Kesejahteraan Anak dalam Kandungan

** Sekarang aku pun jarang nak baca sebab perasaan malas tu dah mengatasi segala-galanya. Even dah pernah few times ter'skip' solat isya' sebab terlampau letih+malas+mengantuk+lemau. Harap-harap lepas ni takdelah aku skip men'skip' lagi.

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)