Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, February 13, 2012

Super Duper Hyper



Slow sangat masa ni berjalan. Aku yang rasa sorang ke orang lain pun rasa macam tu? Hmm. Perasaaan malas dah menguasai diri pada tahap maksima. Kata encek suami, daya tahan perasaan malas aku tu sangat lemah tak sekuat daya tahan aku menahan nafsu makan waktu malam. Okay itu maybe dulu tapi sekarang aku tak makan malam bukan sebab nak diet tapi memang tak lalu. Macam semalam, dari petang aku dah terasa macam aku dah makan seploh pinggan nasi sampai tahap lagi beberapa sentimeter nak terkeluar dari mulut. #gross. Ini dinamakan evening sickness, bukan morning dah. Asal petang nak ke malam sampai time tidur je mula lah rasa lemau sangat-sangat. Badan terasa panas sampai kadang-kadang berpeluh dahi. Pinggang ni kadang-kadang rasa macam nak tercabut sebab sengal. Nasib baik ada encek suami tolong urutkan pinggang sampai aku tertidur. Haha.

Hari ni sampai office lambat lagi. Sejak aku start kerja balik ni, memanjang je lambat ke office. Dah hilang momentum nak bangun awal kah? ataupun aku ni yang keluar lambat. Tak sure ape sebab tapi pastinya macam aku keluar rumah sedikit lambat dari biasa. Mungkinkah sebab budak-budak dah start bersekolah yang menyumbang kepada kelambatan perjalanan aku. Kalau macam ni, hari rabu nanti aku akan keluar pukul 6 pagi. Subuh aku settlekan dekat office je. Kita tengok macam mana. Berjaya ke tidak.

Satu yang aku perasan, aku ni makin malas. Malas sangat nak pergi kerja. Mungkin lepas setahun setengah aku kerja dan kumpul duit, aku nak resign. Bolehkah? Kenangkan bila  somewhere in next year nak kena naik offshore, kesian my little baby and husband. Hmm. Benda lambat lagi, toksah pikir. Kepala ni dari tadi dok berdenyut-denyut mintap nap time, tapi tak dapat. Bila nap dekat workstation, my backache makin menjadi-jadi. Bila bangun, kepala start balik sakit. Oh hormones, please be nice to me. Please end this sickness in three weeks time. Plewshhh :)

Early next month baru rasa nak register dekat KK for checkup and so on. Lambat sangat tak agak-agaknya? Time tu baru masuk 12 weeks. Kalau nak buat sekarang, memang aku takde cuti yang boleh diambil melainkan cuti sakit. Kalau boleh during this pregnancy taknaklah selalu MC je. Orang pun menyampah kan. End of this month nak buat another ultrasound. Saja nak tengok progress si kecil. Sihatkah dia?, membesarkah dia? Harap-harap dia membesar dn sihat seperti yang sepatutnya. Aminn.

Rasanya sekarang still early nak beli barang-barang si kecil. Nak tunggu masuk 4 5 bulan macam lama sangat pulak kan. Hati ni dah excited gile babeng nak shopping, tapi kena ikut cakap doc, kurangkan 'shopping' buat sementara ni. Haha. Baik doc, arahan diterima.  Buat masa sekarang just nak prepare list je dulu. Blogwalking dekat blog Nana, rasanya boleh lah pinjam list dia dulu. :)


Sekian, Assalamualaikum

4 comments:

  1. normal la tu org pregnant...hehe...u take care tau :)

    haaa jgn lupa stdy checklist tu betol2...hihi

    ReplyDelete
  2. Nana : itula..kalau normal takpe..kalau abnormal susah jugak. Malas mengada-ngada je..haha..nak study u pnye checklist balik nanti. Anw tq for the checklist, sangat berguna okeh :)

    ReplyDelete
  3. jg kesihatan elok2 yea asz..x pyh pksa dri klau kte mls sbb mse ni tbuh kte perlukan rehat.apa pun,jg dri baik2 yea.nt dh scan jgn lupa upload eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq Sue : Itulah..kadang2 rasa mcm semua ni mind set je..insyaallah cheq sue nnt asz upload..cheq sue kalau ada pape gud news bgtau okeh. :)

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)