Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, February 20, 2012

Baking Skills

Hellow,

Last week my dad ada order one whole red velvet cake from his staff kat kilang. Since dah lama gila tak baking ni, dan dah lama gila aku dok memalaskan diri, akhirnya demi rezeki aku gagahkan jua walaupun lemau. Order nak hari ahad dan hari sabtu baru aku start beli barang. Itupun dah tengahari lepas balik dari klinik kesayangan beta. Oh cerita pasal klinik, aku akan buat entry lain pasal tu sebab tengah malas ni.

Petang sikit baru start buat, lepas tu bakar dan lepas tu budget senang dah siap boleh terus sejukkan and buat cream cheese frosting je. Tak ku duga, segala skills aku dah makin hilang. Cake kena masak extra 15 minutes sebab tengah-tengah still tak masak dan cream cheese frosting jadi cair. Adoi, macam mana nak buek frosting kalau dah cair. Ni semua gara-gara tak study balik step by step nk buat frosting. Sepatutnya cream cheese+icing sugar+vanilla dan last baru masuk whipping cream tapi aku yang konon pandai ni buat cream cheese+whipping cream dan baru nak masukkan icing sugar+vanilla. Bila dah cair, suruh encik suami belikan cream cheese lagi satu, tapi end up still cair. T-T dan kini ku menyesal sebab taknak tengok instructions.

Lepas alter sana sini, masalah dengan cake plak. Time nak sejukkan atas jaring, masa tengah terbalikkan cake tu, boleh plak ada cake yg still melekat kat baking tin. Musnah harapan aku nak one whole cake yang cantik. Still boleh repair tapi hati  ni tak puas sebab tak jadi cam before. Almost midnight still tengah belek cake and repair, kesian my dad kena tunggu sebab dia nak bawak balik cake tu terus ke hostel malam tu jugak. Lepas keluar masuk dalam fridge, deco sana sini maka siaplah. Walaupun aku tak berapa nak puas hati, harap-harap tastewise cake tu sedap dimakan. Nak ambil gambar pun tak sempat sebab my dad mengikut je mana aku bawak cake tu pergi. So rupa paras dia lebih kurang macam ni :


Ugly Illustration
Deco pakai colourful sprinkle and heart shape sugar. Tulis nama atas cake just pakai buttercream icing.

Tak puas hati, esoknya nak try buat something yang aku rasa senang. Mana tau skills tu datang balik ke. Selalunya aku buat full ingredient, tapi sebab kat rumah tak ramai orang, aku try 1/3 dari ingredient asal. Since pakai kitchen scale yang cikai, aku pun main belasah je la bila amount yang aku nak takde kat penimbang. Main agak-agak je. Apam polkadot idamanku, nampak senang tapi kenapa jadi macam ni?


T-T
Selama aku buat, tak pernah lagi crack kat atas apam tu. Yang terkeluar fillings tu biasa la sebab overdose letak fillings. Lepas fikir-fikir balik kenapa cracked, baru aku teringat yang kalau cracked tu sebab api panas sangat. So aku perlahankan api and lepas tu apam ku jadi macam before. Dan maybe sebab batter aku kurang susu sebab tu lah jadi macam tu. So jadilah makanan tea time aku dan family semalam. Sambil minum dengan teh lemon. Memang best.


Lepas ni nak bergiat cergas dalam baking membaking balik once aku dah recover from my 'evening sickness' ni. Rasanya lagi seminggu dua okeylah kot. Insyaallah.

Assalamualaikum.

2 comments:

  1. i nk resepi red velvet! search kat internet mcm complicated je nk buat...hukhuk :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana try tgk kat joy of baking. I amek dekat situ je. Sedap pun sedap. Buttermilk i pakai 1 cup milk + 1 tbs cream of tartar. Try jgn tak try.

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)