Voucher buku 1 Malaysia ada 4 keping. Expired 31st March. Okeh lambat lagi, ada masa dalam sebulan setengah. Tapi aku ni biasa la, mana boleh pegang voucher lama-lama, mulalah hati meronta-ronta nak ke bookstore sebab nak habiskan voucher. Sepatutnya nak pergi on Friday lepas balik kerja. Yelah da alang-alang lalu depan IOI Mall tu, singgah je la. Tapi, sadisnya encek suami taknak sebab dia nak balik dan terus ke gym. Buat apa lah nak ke gym jauh-jauh tu. Bukan nak masuk pertandingan pun. Haha.
Okey dah bebel sana sini, beliau setuju nak bawak esoknya before dia pergi kerja petang tu. Hmmph, bolehlah. So bangun dah awal dah, tapi gerak lambat jugak sebab si isteri sibuk dok terbaring loya atas kerusi sambil tengok tv. Bila dah encek suami paksa-paksa suruh siap baru lah nak gerak. Sampai kat sana dah lebih pukul satu, confirmlah parking area depan dah penuh. Tapi aku cakap takpe kita lalu je tengok dulu dan alhamdulillah ada rezeki parking kosong. Muahaha. Suka pulak aku.
Sampai je kat Popular, terus tak tau nak beli apa. Yelah aku tak plan apa-apa pun yang aku nak beli. Dalam kepala pikir nak colourful pen je. Sengal. Mula-mula tengok bahagian fiction novel. Okey belek sana sini, satu pun tak ambil sebab fikir ada satu dua buku yang aku tak start baca lagi pun sejak beli 2 tahun lepas. Fine. Terus pergi bahagian stationeries. Mata aku bersinar-sinar. Pilih punya pilih dapat la few colourful pens, box of colourful highlighter etc.
![]() |
| Hasil 1 |
Tapi bukan benda tu je yang aku beli. Haruslah beli banyak-banyak kalau boleh nak habiskan empat keping voucher tu terus. Antara hasil lain yang berjaya dibeli :
Semua sekali RM150.05, jadinya aku hanya bayar 5 sen sahaja. Rasa bahagia sangat bila beli barang banyak tapi bayar 5 sen. Haha. So lepas bayar, proceed ke kaunter lagi satu sebab kalau spend RM150 and above boleh dapat Popular Card membership for 1 year. Oh seronoknya. :)
![]() |
| Hasil 2 |
Semua sekali RM150.05, jadinya aku hanya bayar 5 sen sahaja. Rasa bahagia sangat bila beli barang banyak tapi bayar 5 sen. Haha. So lepas bayar, proceed ke kaunter lagi satu sebab kalau spend RM150 and above boleh dapat Popular Card membership for 1 year. Oh seronoknya. :)
p/s : Aku dan akak aku gelak bila tengok dekat buku resepi tu ada tulis "laku keras"..Haha. Rasa macam lawak kot.




hahahaha..mcm adik ipar ku je..resepi 1 hari tu..ngeee..gud2..voucher ku li buku resepi n agama je..hahah..n pen smlm :)
ReplyDeleteada lgik 50 :)
sama la ada lg 50. taktau bila nk perabis. Tggu dpat gaji nnt nk p sana lg. Yehaaa!
Delete