Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, April 10, 2012

Baby Stuff + 2nd Tri Symptoms

Hellow,

Recently bought : mittens + socks from BB Luvs Me online store. Macam busy je bulan ni for shopping spree. Tengah tunggu Pureen WH sales 21 & 22 April ni untuk beli blankets, towels etc. Itupun kalau rajin nak pergi lah. Encek suami kata orang ramai gile beratur start pagi, according to his friend yang pernah pergi la. Betul ke? Alahai rimasnya kalau ramai-ramai orang ni kan? Kalau memang murah berbaloi-baloi, terpaksa redah je la kot. Lagi dua minggu dah masuk 20 weeks. Kadang-kadang rasa macam sekejap je dah sampai stage ni, kadang-kadang rasa lambat gila pulak. Bila blogwalking, ramai pulak M2B yang dah jadi mummy and tengah tunggu masa je. 10++ weeks nak entering my 3rd trimester. Tiba-tiba rasa cuak pulak. 10 weeks tu pejam celik pejam celik sekejap je rasanya. By that time, kena ready buat laundry untuk baby clothings mengikut kata Nana. Hehe.

Survey barang-barang tadi, ada dua benda yang nak beli tapi kiv dulu buat masa ni :

Mothercare Ergonomic Grooming Set
TT Twin Insulated Thermal Bag
Grooming set tu nampak sangat comel dan practical, all in one dan compact. Senang nak bawak mana-mana tak adalah berterabur dalam diaper bags nanti. Thermal bag tu pulak senang untuk bawak jalan-jalan sebab boleh last for 7 hours. Aku ni kan suka berjalan, so rasanya perlu beli benda macam tu tapi masih dalam pending list sebab belum masa lagi nak pakai kan.

Recently, aku noticed yang since pregnant muka aku makin kering dan tumbuh bintik-bintik. Tambah lagi last week seminggu duduk hotel aircond dia sangat sejuk walaupun dah maximimum punya temperature. Lagi bertambah la. Few weeks back pulak, aku perasan yang leher aku bergaris-garis coklat. Hormone kah itu? Ke sebab aku gaining weight drastically few months ni? Nasiblah aku ni bertudung, kalau free hair mesti malu leher bergaris macam berdaki. Blerghhhh. Bila tanya encek suami, dia siap boleh try gosok-gosok lagi kat garisan tu kot-kot keluarlah daki, tapi tak berjaya. Hello, kalau tak mandi sehari pun tak pernah berdaki sampai macam tu okeh sayang. Harap-harap lepas deliver nanti, semua akan back to normal.

** Google pasal necklines ni dan yang paling menakutkan ada yang cakap itu adalah early sign of diabetic. Oh my, dah mula la rasa cuak ni weh! Kena diabetic time pregnant dan memang dah ada family history yang ada diabetic. Balik ni nak consult dekat mak sebab dia lebih pakar. Hehehe.

4 comments:

  1. grooming set langsung i takde beli...aci tak? haha

    eh2 line hitam tu rasanya normal je coz ramai m2b yg ada mslh tu...org ckp baby boy kalau cmtu....kekeke ntah betol ke tak, x pasti la ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius u tak beli pn grooming set? Hehehe..

      Line hitam tu i tak pernah dengar lagi, sebab i google pn mcm takde je cakap pasal tu. Mak i cakap kalau baby boy belakang leher jadi hitam, dan memang my sis and SIL pn bby boy leher hitam. I ni je lain sikit, leher tak hitam cuma keluar line2. Kalau normal lega la sikit. Maybe betul kot ada line tu baby boy. ;) Eh btw u bby boy kan? Ada keluar line tak?

      Delete
  2. i pon ade gak line hitam tu..memula pelik jugak aishhh xkan tetiba jer kan..then bila tya my mom..die ckp normal tu...nanti akan hilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..normal eh..kalau hilang nnt lega la..:)

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)