Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, April 09, 2012

Monday + Detailed Scan

Blablabla
Minggu ni kerja dua hari je. Yesss..Rabu dah cuti and Khamis+Jumaat ada Away Day. Last week memang dah tak kerja sebab outstation pergi Pasir Gudang. Tunggu lagi dua minggu dan keching keching gaji pulak masuk. Bulan April yang sangat best. Best sikit je. Last week yang best duduk hotel dan makan free dan claim for outstation. Indahnya dunia. Makin murah rezeki baby nampaknya. Balik semalam check mail ada annual report from ASB, tengok dia punya dividen lagi tinggi dari last year punya padahal 2 3 bulan before kahwin last year memang aku dah keluarkan semua duit savings dan tinggalkan balance yang paling minimum. Alhamdulillah dapat juga bonus+dividen walaupun tak sampai RM20 baki. Dari bulan Januari nak update buku tengok berapa dapat, tapi tak buat-buat sampai la bila surat sampai baru tau.

Anyway minggu ni ada banyak assignments nak kena submit. Tak tau lah kalau aku yang pemalas ni rajin ke tidak nak menyiapkan. Hmm. Makin lama momentum nak study makin merudum. Ada lagi few more weeks untuk attend class dan lepas tu exam dan i'm done. Extending my semesters sampai next year. Babymoon lah jawabnya sambil prepare for my little caliph. Talking bout our little junior, semalam pergi klinik for detailed scan since doc cakap dah boleh pergi, tapi bila masuk bila and sonographer tanya berapa weeks, dia kata still too early tapi jangan risau sebab only certain organs je yang tak nampak sebab kecik lagi. Dah tunggu lama, redah saja lah. Alhamdulillah semua normal. Kaki tangan jari and so on kecuali jantung tak dapat nak tengok valves dia sebab still early. Repeated scan dekat bahagian jantung masa kandungan dah masuk 28w nanti. Lagi satu yang buat aku risau sebab sonographer cakap "lowlying placenta" due to early pregnancy aku kerap spotting/bleeding. Lagipun ni my 2nd pregnancy, risau la jugak ada effect from previous one.

Google

Tadi buat research pasal "lowlying placenta", usually akan jadi normal bila dah masuk 2nd half trimester. Only 0.5% je yang akan continue to have lowlying placenta bila dah masuk 3rd trimester dan time ni nama dia jadi "placenta praevia". Kalau yang tu memang aku takut sangat sebab tak boleh nak deliver normal. Kena c-sect. Ya Allah mintak Kau jauhkanlah aku dari penyakit seperti itu. Amin.

Alhamdulillah semalam dah nampak baby punya genital organ. Haha. Cenonet je kan, lagi-lagi time tu baby dok duduk terkangkang. Adoi, baby ikut perangai siapa la tu kan, tak senonoh betul. Last scan bulan lepas nampak dok kicking je, main bola eh dalam tu? :)

Semoga baby sihat dan panjang umur. Jadi anak yang taat dan soleh ye sayang.

Assalamualaikum.

4 comments:

  1. kalau ada mslh lowlying placenta mmg u kna byk rest je la...jgn lasak2 sgt tau...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..ye ke Nana? Hmm..harap2 dapatlah banyak rest. Banyak kerja yang nak kena naik turun tangga and berjalan, tu yang payah tu. Insyaallah tak lasak2..hehe

      Delete
  2. asz..aku early scan pun nampak macam lowlying placenta.tapi..doc ckp tu normal.nanti akan naik sikit2..so,jangan risau sangat.yang penting..jangan lasak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke..kalau normal ok lah..hehehe..risau tak pusing je uri tu nanti..aku ni kan macam2 je halnye..hehehe.

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)