Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, April 23, 2012

Baby Stuffs : Starting point & recently bought.

Hellow,

Sebenarnya aku start beli barang-barang baby masa masuk 13 weeks kot rasanya. Gila tak sabar time tu nak tau gender baby. So instead of aku beli baju-baju dan benda yang berkaitan yang menunjukkan that baby is a girl or boy, aku beli benda yang random dan unisex. Sebelum membeli tu banyak survey dekat blog mom-to-be je, takde pulak nak compare harga kat semua kedai. Dalam dua tiga tu ada lah.

Barang yang first sekali aku beli masa 14 weeks kalau tak silap : Breast pump. Haish, nak membeli ni pun fikir dua tiga ribu kali jugak. At first nak beli EBP dari Tommee Tippee masa expo kat MVEC March lepas tapi booth TT takde pulak kali ni, so aku postponed kejap. Kejap tu tak lama mana pun, dalam dua tiga hari je lepas compare kan harga masa dekat expo dan package yang kedai offer masa tu. Maka, terbelilah Medela Swing package yang comes with few free items. Okey, dah save sikit dekat situ.

Lepas tu, hujung March masa balik Penang ada singgah Anakku dekat sana sebab nampak ada sign 'SALE'. Perempuan kan, pantang nampak sign merah macam tu. Dekat situ first beli baju yang colour unisex dengan travel set toilettries. Saja nak ambil mood beli baju. Haha. Lepas tu sambil blogwalking, sambil survey dan sambil ambil ilmu membeli barang-barang newborn etc. Mungkin ada yang kata masih terlalu awal dan sepatutnya tunggu sambil survey, tapi orang jenis macam aku ni bukan macam tu kot. Semua aku letak atas kuasa Allah SWT dan aku selalu learn from mistake. Lesson learned kan?

Awal bulan April, buat appoinment untuk detailed scan. Tujuan buat detailed scan bukan sebab nak tau gender sangat, tapi nak tau how well my baby's doing inside there. Tapi my sis kata dia tau gender baby masa 17 weeks, so i'm so eager to know the gender too. Alhamdulillah, baby show off his genital parts dan obviously nampak sebab dia terkangkang. Starting from that point memang sangat teruja dan esoknya, terus beli mitten dengan socks online ikut colour tema baby. Haha. Gelojoh kan.

Lepas tu bermula la pencarian dan per'survey'an barang-barang serta baju baby. Rasanya dalam bulan ni je aku dah habiskan duit almost 700++ untuk benda-benda tu semua. Encek suami hanya mampu menggeleng kepala tengok perangai isteri dia yang shopaholic ni. Siriyes, benda beli tak banyak pun tapi bila campur-campur dah total up sampai banyak tu. Belum kira shipping cost kalau yang beli online. Sekali beli dah kena RM6. Tak semua benda yang kita nak ada dalam satu kedai yang sama.

*Lesson for me : lepas ni plan betul-betul dan beli barang sampai boleh dapat free delivery. LOL.*

Banyak benda yang aku belajar masa proses membeli ni. Semua benda nak kena compare antara kedai-kedai. Contoh few items yang aku bandingkan :

Napkin brand Anakku; kat kedai Anakku sendiri harga untuk 1 pack (10 helai) : RM29.90. Ahad lepas aku shopping kat Jusco, pack yang sama RM24.90 je. RM5 beza tau.

Liquid cleanser Pureen. Untuk savings pack (1 botol liquid cleanser+refill) : RM29.90, tapi kalau beli asing-asing, 1 botol : RM16.90+ Refill pack : RM11.50 : RM28.40. Jimat la dalam RM1.50 kalau beli seperately.

Untuk baby Pureen baby wipes (100pcs x 2pack) : RM10.50. Ada kat kedai lain sampai RM12. So yang ni kalau nak murah betul sila pergi warehouse sales. Haha.

Disposable breast pad, so far yang aku tengok harga masa kat expo : RM30-33 untuk 1 box (84 pcs) tapi yang aku beli kat Jusco, RM37.90 untuk box yang sama. Banyak beza kan? Rugi tapi beli sajalah.

Item bought : Mac-April
Rasanya cukup buat masa ni shopping. Selebihnya tunggu masa yang sesuai, which is aku pun tak tau. Haha. Sekarang banyak survey dan baca review pasal set berpantang je. Paling banyak yang orang recommended set dari NR dengan Tanamera. Still survey dan survey. Hehe. Insyaallah akan aku beli salah satu dari set tu nanti.

Assalamualaikum.

8 comments:

  1. betul..nak beli barang online ni mmg kene compare harge.. plus postage cost..penah survey bag utk pump..satu website tu postage RM6 jer tp satu lg website sampai RM12 lebih..padahal barang same jer.. so mmg kene survey bebetul kalo nak beli online.. tak leh kelam kabut..perancangan kene ade..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..kena plan bebetul..kalau main rembat je ada jugak yang rugi terbeli benda dua tiga kali kan..

      Delete
  2. sama la kite..survey2 byk..kdg2 kedai online ni ade yg murah ade yg mahal..tp postage ke bintulu mahal sket so xberbaloi beli sebiji je baik beli byk2 sket..

    oh..its a boy ye miza! hehe..harus la beli jersi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Kina..kena banyak survey kan..tapi kadang2 dah naik pening nak survey sana sini..hehehe..insyaallah baby boy..:)

      Delete
  3. eh alamak liquid cleanser pureen tu lagi murah beli asing2 rupanya...

    byk baju biru je yg u beli...boboy ek? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok kedai jugak Nana. Ada yang lagi murah ada yang lagi mahal..depends..

      Insyaallah boy. Baby Nana ada geng nanti..:)

      Delete
  4. wahh... dah tau gender ke...?
    ni buat nak tau jugak ni... tapi rasa nk suprise je.. haha
    kita tak survey pun lagi barang2 baby.. pemalas ummi ni kan. asyik survry baju ummi die aje.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Hana..Hana banyak masa..slow and steady..hehehehe..

      cepat2 gi scan tengok gender..mesti bestttt!

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)