Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, April 22, 2012

Pureen Warehouse Sales + Jusco Madness!

Hellow,

Dah Ahad rupanya. Semalam anyone yang pergi Pureen Warehouse Sale? Haha. Aku pergi dan dah masuk dalam tu, tapi keluar sehelai sepinggang sahaja. Siriyes weh sapa yang berjaya masuk dalam tu dan membeli barang-barang yang harganya sangatlah murah memang aku tabik spring toing toing punya. Gila kot aku sampai sana pukul10 dan jalan sangat jammed. Parking pun terpaksa di three two square. Itu pun encek suami pusing banyak kali dan suruh aku turun pergi masuk dalam warehouse sales tu dulu. Nak masuk pun sesak-sesak macam dalam tongkang pendatang haram. Berhimpit-himpit, bergesel-gesel dengan perut mom to be yang lain. Belum kira lagi yang bawak anak-anak kecik dan anak di dalam stroller. Kesian anak kau senah. Bawak anak kecik datang tempat macam tu dan memang tak patut kot bawak anak sebab sangat-sangat sempit. Nak beratur bayar pun dah dekat 300 meter panjangnya. Ape kes. Ada yang keluar siap bawak trolley berkotak-kotak lagi. Aku yang dekat 5 bulan ni pun tak larat, macam mana lah orang yang dah 7-8 bulan boleh survive dalam tu. Haha. Terbaik!

Gilaaaa punya!


Bila dah dapat masuk jalan terus ke tempat baju-baju. Peh, baju bersepah-sepah tepi jalan orang sampai mencangkung memilih. Ada yang siap duduk bersila tengok hasil rembatan. Baju dalam rak memang tak nampak la, nampak kepala orang je ramai. Harga from RM2-RM4 untuk baju. Sangat murah okeh! Tapi malangnya banyak yang dah habis. Sempat nampak kelambu yang dijual RM5 je. Murahh. Ikut hati nak ambil je tapi malas nak beratur ke cashier. Bahagian toilettries tak sempat nak lalu sebab memang aku dah tak tahan dan aku dah tekad nak surrender keluar dari tempat tu. Bila nampak sign KELUAR, terus aku ikut dan letak balik eco bag IKEA yang aku ambil masa nak masuk. Terus keluar dan call encek suami kata aku dah 'surrender'. Dia pun nak masuk tak dapat sebab memang dah packed gile dalam tu. Bukan rezeki kami dan baby nak beli barang murah dalam tu. Takpelah kami berbelanja lebih sikit beli dekat luar. -_-".

Kami terus gerak ke Mid Valley memandangkan baru pukul 11 lebih dengan harapan ada banyak parking kosong lagi. Memang tak lah kan. Parking secara haram dekat dengan entrance dan terus naik ke Jusco. Beli barang dekat situ jelah. Masa nak bayar, cashier suggest kami buat Aeon member card sebab barang yang kami beli banyak, boleh collect banyak points. Nak tunggu dekat counter pun kemain lama lagi. Almost 30 minutes jugak lah. Lepas tu turun dan bayar. Proceed ke butik Pumpkin Patch. Aku memang dah niat nak beli baju untuk baby kat situ sebab bajunya comel sangat. Ni semua gara-gara terbeli baju dekat sana untuk my favourite nephew last year. Since gender baby kami dah figured out, memang kali ni banyak beli baju. Ada yang newborn, 0-3 months dan 3-6 months. Orang kata baby cepat besar kan.


Barang toilettries tak beli lagi, sebab tak tau nak beli brand apa. Akak aku kata toilettries Carrie Junior sangat wangi! Bedak Pureen+Johnson pun wangi. Maybe akan beli yang tu je kot. Sebelum sampai ke PP, sempat singgah dekat Butik Mom's Care beli storage bottle dan romper set. Haha. Bila kira-kira macam dah banyak sangat rompers anak aku nanti. Siriyes sangat banyak. Lepas ni memang akan stop kejap dari shopping barang baby, tunggu bulan 6 atau 7 baru proceed balik kot. Hihi. Semoga Allah murahkan rezeki baby dan keluarga kami lagi dan semoga segalanya akan dipermudahkan. Amin ya rabbal a'lamin.
Yada yada yada!!

Time to strike out barang-barang dalam checklist. Tick here, tick there. =)

8 comments:

  1. miza da tau gender eh? kina pun..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah Kina..masa buat detailed scan 17weeks aritu..hehehe..Kina da tau jugak? Baby apa? Hehehe..

      Delete
  2. sgt2 x larat nak jln ms warehouse pureen tue
    huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekin pun redah masuk jugak ke? Aiyak..beli pape tak? hehehe

      Delete
  3. hye M2B.. dh tau gender jugak..? buat saya makin x sabar nk scan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah da tau masa 17 week aritu..hehehe..:)

      Delete
  4. sy pun sempat smbar 12psg je baju, mmg mood ke laut la.. org terlalu ramai, mmg tu 1st n last la nk pegi lg, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelesnya sume M2B pergi sana sempat sambar baju banyak2..sy pn mmg dah kata kat husband yg tu 1st n last..sbb lepas ni kalau ada lg memang dah sarat da..:)

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)