Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, April 19, 2012

Barut Baby : Beli atau DIY?

Hellow,

Sebenarnya dulu tak rasa pun nak beli barut baby ni sebabnya my sis dah ada dan itu pun mak sedara yang tolong buatkan sekali sebab dia buat barut untuk cucu dia jugak. Tapi bila tanya my sis baru-baru ni dia kata yang tali barut tu banyak dah hancus dan dia ada tak sampai 10 helai je barut. Ingatkan nak beli je lah barut baby ni sebab aku ingat murah. Sekali bila tengok blogshop yang jual benda ni, terus rasa mahal jugak rupanya. Haha. Macam kain napkin jugak la. Ingatkan murah la dalam seploh hengget satu pack, sekali tengok kat kedai, 10 keping dah cecah RM30. Mak aihhh. Mahal bebenor. Tu la dulu kecik semua benda dapat free je kan, sekarang ni dah nak jadi mak budak baru tau macam mana.


anggunflora.com

anggunflora.com

littlepreciousgarden.blogspot
 Lepas tengok harga macam tu, tetiba rasa macam nak DIY sendiri barut baby. Sewing machine dah ada, basic nak menjahit pun ada tapi masalahnya bila tengok tutorial terus jadi pening macam malas nak jahit terus. Haha. Kalau ada yang rajin nak DIY sendiri, boleh refer tutorial yang aku dapat kat blog SINI. Rasanya lagi jimat kot kalau DIY sendiri. Nampak macam senang je, maybe aku ni je yang kusut lebih. Haha. Kesimpulannya sekarang, aku rasa aku beli je kot through online. Nak pergi mencari kain lagi, nak mencari sewing machine dalam bilik yang dah jadi stor tu pun satu hal lagi.

Kalau tiba-tiba ada masa free dan aku terasa nak DIY sendiri, insyaallah akan aku usahakan. :) Lepas ni akan update pasal baby stuff yang aku beli semalam.

Assalamualaikum.

14 comments:

  1. bagusnye.. dah mula mencari barang baby..
    kita satu habuk pun tak buat ape2 lagi...
    hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana, tu nampaknya sy mmg takde keje kat opis sampai dok mencari and membeli barang baby. Hana nnt cuti skola banyak masa nk mencari..kita takde cuti pjg2 cm Hana..sobss..hehehe

      Delete
  2. i beli je semua...tu pon beli yg ada velcro, nmpk sgt pemalas kn? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. veelcro tu yang mcm strap on tu ke Nana? Hehe..i pn baru tgh survey2..tak tau mana yg lg org prefer, bertali ke yg strap tu..

      Delete
  3. barut nie mama ekin yg watkan
    smpi 20 helai die wat
    pelbagai size
    semangat betol nenek baby nie
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh..best la ada nenek yg rajin camtu..buat lebih2 boleh wat niaga..:)

      Delete
  4. Replies
    1. Buat lagi jimat kan? Tapi malangnya takde masa/malas..hehehhee

      Delete
  5. kalau miza rajin buatkan bleh la buatkan utk kina sekali..hehe..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kina..kalau tengah rajin and semangat tu mesti dapat buat banyak...bole post kat Kina nnt..insyaallah. :)

      Delete
  6. Asz,aku beli je..beli kat butik anakku.. :)
    aku beli size besooo..
    sekali iman kecik je..so,sampai ke leher la barut si iman tu. nanti iman besar sket,ok la kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke...aku baru order kat blogshop..tp 10 helai je la..lebih tu insyaallah nak suh mak mentua aku jahitkan..hihihi..

      Delete
  7. sy sume mak mertua jahitkan, excited sungguh beliau, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah excited untuk cucu beliau kan. Sy baru tanya MIL aritu, dia pun kata nak jahitkan..yahooo! Tp dah terbeli 10 helai barut aritu..

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)