Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, May 14, 2012

3rd Mom & Baby Expo MVEC

Hellow,

Expo kali ni tak ada dalam planning pun nak pergi dan tak sesemangat yang TCE event March lepas tapi gagahkan jua kaki pergi walaupun lepas waktu kerja. Ternyata expo kali ni memang lagi best dari expo march lepas yang mendukacitakan hati hamba. Hihi. So masa dah sampai office jumaat tu baru macam rasa nak pergi. Buat lah list barang yang harus dibeli sahaja. Kononnye lah kan. Tertewas jugak satu dua benda yang takde dalam list tapi dah beli. Dari pukul 4 lebih sampai pukul 7 lebih aku bergayut dalam tu. Besar sangat-sangat sebab kena jalan sampai 3 hall. Penat dan letih tolak ketepi sebab mata ni sangat rambang nak beli barang. Nasib sempat kawal nafsu jugak walaupun dah terbabas beli satu dua barang tak perlu.

Satu masalah aku ni, aku main beli je barang yang aku rasa lagi murah kalau beli online atau dekat kedai masa hari biasa. Tak berjalan habis lagi, dah beli. Lepas tu bila jalan depan sikit dah terjumpa exactly barang dengan brand yang aku nak mula lah menyesal pun tak guna. -_-" Hasil rembatan jumaat tu tak banyak sebab ape tah aku pun tak tau. Ada la beli satu dua barang yang my sis kirim.


Motif utama nak cari nursing pillow dan alhamdulillah dah dapat. Aku beli ni dekat Twins Baby punya booth dengan harga RM55 plus free payung kecik comel. Sebenarnya nak beli nursing pillow Baby Love atau Bumble Bee tapi kat sini dah terbeli brand Sweetie Baby. Tak pernah dengar tapi dah terbeli sebab teruja harga macam murah dari kat kedai biasa. Bila dah jalan depan sikit baru la nanti booth Baby Love dan aku pun rasa menyesal. Nursing pillow baby love jual RM59. Beza RM4.
Mitten+Booties Giraffe
Alang-alang masuk booth baby love, nak ubatkan kekecewaan tersalah beli nursing pillow maka aku pun beli nursing pillow cover dekat situ. Tak tau lah muat ke tidak masuk dalam nursing pillow sweetie baby sebab aku bayangkan muat je lah. Nursing pillow cover harga RM22. Mahal jugak eh. Lepas tu beli flanel blanket dengan harga RM29 untuk 3 helai. Masuk plak booth Pureen nak belikan barang kiriman tapi aku tetiba gatal ambil mitten dan booties giraffe satu set. Adoii dah budget dah takmo beli sebarang baju atau mitten hari tu. Lepas tu jumpa booth Autumz dan tengok storage bottle dia jual RM29 untuk 10 botol plus free 5pcs zip lock bag. Aku rasa harga lagi murah dari online dan terus aku beli satu kotak. Tapi yang tak bestnya aku nak beli storage bottle Bumble Bee bukan Autumz. Depan sikit ada jual BB punya dengan harga RM22 untuk 10 botol. Dang! Menyesal lagi kan.
Source : Google

Selain dari tu ada beli buku panduan penyusuan untuk ibu bekerja RM8 dengan nursing/maternity blouse sehelai harga RM45. Modermum punya booth pun ada jugak tapi RM70. Design dia cantik tapi size macam besar sangat walaupun S size. Lepas tu cari booth Mamy Poko pulak beli NB diapers RM28 sebungkus. Nak beli yang Mamy Poko pants untuk my nephew tapi size M dah habis. Singgah kat booth Heinz belikan solid food dengan juice untuk my nephew. RM13 untuk 4 botol. Flavour tak banyak sangat so aku ambil yang ada buah-buah je. Aku sangat berkenan dengan JJ Cole body support sebab aku rasa harga dia murah masa expo tu compared dengan online. Harga yang diorang offer RM70. Dapat jimat almost RM20 dari harga asal.

Lepas pusing habis dan sangat penat serta lapar, aku pun balik sambil tanamkan niat nak pergi lagi esoknya. Niat di hati nak beli body support dan storage bottle bumble bee tapi bila fikir-fikir balik, aku postpone sebab nak tunggu expo bulan June atau July nanti. Kena fikir dua tiga ribu kali jugak before beli takut nanti tak terguna dan membazir.Tak tau lah time tu larat lagi ke tidak nak pergi expo bulan July. Rasanya dah lebih 30 weeks time tu plus expo buat time bulan puasa. Mengah jugak la nanti kan. Lagipun rasanya tak banyak dah kot nak beli, kalau beli pun mengada-ngada nak habiskan duit je. Niat tahun ni nak puasa full dan harap-harap dapatlah kan. :D

Assalamualaikum.

8 comments:

  1. Yeay! yang pertama komen untuk entry ni pulak..

    bila aku baca apa yang ko beli dan sesi termenyesal gara-gara tak sabar membeli plus excited nak beli,macam terkena je kat aku. Samaa je.hehehe..apapun,semua yang ko beli tu dah banyak penjimatannya..tp botol bumble bee tu nape murah sgt? ish..jangan risau,Autumz pun best! aku ada 10botol. aku suka guna Autumz. Tapi tak penah try yang lain kan..xtau la kalau yang lain lagi best.
    *kalau next entry aku org first komen lagi,sedia la hadiah ye.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ko je yg rajin pepagi nak baca entry aku. Tu yg jd org first. :P. Botol BB tu kalau time expo memang murah pun. Ada yg boleh dapat sampai RM20 je.

      Bila dah excited tu yang kekadang tersalah beli dan termembazir jugak kan. :D

      Delete
  2. Wah... banyak juga Miza beli ye... jees betul lah.. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kumpul2 banyak la Hana..kalau yg dekat sini tak banyak pun tapi sebab barang besar2 tu yg nampak banyak. Hihihi. Barang sikit pun dah banyak duit kua..mahal betol barang2 baby ni kan.

      Delete
  3. jeles giler tak dapat pergi..!!! sebab ngah pantang..adeeyy...nursing pillow tu sangat2 berguna tau..tangan tak letih..baby pon selesa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe la aty next bulan july sila pergi tau! nursing pillow tu miza wat tido skang..selesa jugak..hehehe

      Delete
  4. harap dpt grab BB next expo..aritu miza nampak tak autumnz sterilizer home & car combo? berapa ye? RM160 ke?nursing cover/poncho paling murah berapa ye?(hehe..kl miza igt la)..skg kina tgh buat checklist utk brg nk beli masa expo june..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. BB mesti grab, murah je kot. Kalau online pun mahal. Sterilizer+Warmer Autumz ada nampak..tapi tak perasan harga. Rasanya harga combo tu sama jugak mcm TCE event. RM160. Nursing cover ada usha haritu, tapi yang miza tgk RM30 kot. Sila buat list cepat pastu boleh update.. :D

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)