Entry kali ni khas untuk Nadd sebab request aku update pasal Takoyaki yang dah selamat aku buat dan makan isnin lepas. First time buat dan outcome dia tak lah secantik, sebulat dan sesedap takoyaki yang di beli di Jusco Mid Valley tapi rasa dan rupa paras adalah sama sikit-sikit. Hihi. Kalau nak buat sila la follow resepi di bawah ni, ni pun copy dari resepi Kak Hana Jepon.
Alatan yang diperlukan :
![]() |
| Takoyaki Pan |
![]() |
| Bamboo Skewer/ Lidi Sate |
Bahan-bahan :
![]() |
| 1. Takoyaki Flour - 225g 2. Okonomiyaki Sauce 3. Bonito Flakes * Semua brand TopValue |
![]() |
| Mayonis for topping |
![]() |
| Isi udang untuk inti *Inti boleh letak ikut suka. :D |
![]() |
| Kobis yang didadu kecil |
![]() |
| Eggs - 2 nos |
![]() |
| Water - 600ml |
![]() |
| Minyak untuk dilenser atas acuan takoyaki |
Cara-cara :
- Bancuh 225g tepung takoyaki dengan 600ml air dan 2 biji telur.
- Panaskan acuan takoyaki, sapu minyak dalam lubang-lubang acuan.
- Tuang bancuhan tepung tako separuh dalam acuan.
- Masukkan inti pilihan dan tuang baki bancuhan tepung dalam acuan sampai penuh lubang acuan.
- Tabur kobis yang dicincang dan tuang baki bancuhan tepung sampai tutup acuan.
- Gunakan lidi untuk bulatkan dan terbalikkan takoyaki sampai bulat.
- Masak sampai keperangan atau ikut suka nak macam mana.
- Susun takoyaki dalam pinggan, sapu tako dengan okonomiyaki sauce, mayonis dan tabur dengan bonito/fish flakes.
- Siap dan boleh makan panas-panas. Onomnomnom.
Hasil tako yang aku buat :
![]() |
| Tadaaaa.. |
Semua barang nak buat takoyaki ada dijual di Jusco Mid Valley. Harga takoyaki flour RM10.90, Okonomiyaki sauce pun sama kot, fish flakes bawah RM10. Kalau boleh beli fish/bonito flakes dalam peket-peket kecik. Jangan beli takoyaki sauce sebab tak halal, tapi okonomiyaki sauce dengar cite halal so beli yang tu je sebab rasa lebih kurang sama. Okey tu je. Selamat mencuba. =D
Assalamualaikum.
p/s : Update pasal expo akan menyusul. Malas gila nak amek gambar barang. Adoii..












wah,suke tako
ReplyDeleteEkin, sama la..tapi nak beli mahal kan. 3 biji dah RM4.90 kat jusco. Nak buat pun leceh jugak dan ingredients pun boleh tahan mahal, no wonder harga dia jual pun mahal. :D
Deletesemangat da ada...nak beli brg tu xtau bilee..tihehe..hipp hipp hooo~!
DeleteNadd, aku buat ni untuk ko..jangan lupa try okeh!
DeleteDear,
ReplyDeleteDa baca label iingredient ke okonomiyaki sauce tu..as far as i know normally the sauce contain non halal engredient..
Rai..da baca da..takde plak yg non halal ingredient..yang i tau takoyaki sauce je yg ada non halal. Wallahualam la. Nanti i recheck dengan my friend dekat japan + blogger yang suggest pakai okonomiyaki sauce ni. :)
DeleteSos boleh buat sendiri. Google resepi. Sos takoyaki memang dah cari serata tempat tak halal. Try Unagi Sauce ker sebagai option :)
ReplyDeletehai...mane u beli takoyaki pan maker tuh?? pening xtau mane nak cr
ReplyDeletedear..pan ni my friend hadiahkan as a wedding gift..dia student+kerja dekat japan so dia belikan untuk i. hihihi. i rasa u boleh search yg jual online from japan. ada kot few i pernah jumpa. tp mahal sikit la sbb postage to malaysia mahal skit.
Deletemane nak beli acuan die?
ReplyDelete