Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, May 31, 2012

Pregnancy : Check Up & Progress

Hellow,

Semalam pergi check up for 24 weeks kat KKPj. So macam biasa lah laki bini ni planning nak bangun awal sebab nak habis check up awal. Sebelum ni check up every thursday je, tapi this time nurse tukar on Wednesday. Bangun pun dah pukul 7.10 terus kelam kabut mandi, makan obimin dan pisang terus gerak. Sampai before 8 sebab encek suami dengan selamba langgar lampu merah. Haha. Masa masuk je tengok tak ramai sangat orang tapi still kena tunggu lebih kurang 10 orang tak termasuk yang datang untuk MGTT. Bila number kena panggil laju je jalan ambil kad untuk scan terus pergi wat urine and HB. Results, urine : ok dan HB : 11.1. HB tu nampak turun sikit dari last check up. Maybe sebab aku diet sebab taknak berat naik banyak sangat.

Lepas habis buat urine dan HB, terus scan kad untuk masuk bilik 36 jumpa nurse. Budget lama lah nak tunggu sebab ada banyak mom-to-be yang lain tengah tunggu. Baru nak panaskan muntut dah number keluar. Masuk bilik tu nampak the same nurse yang selalu check up aku. Haish memang dari awal sampai la sekarang asyik dengan nurse yang sama je. Masuk-masuk je memang kena timbang sendiri dulu then bagitau nurse  baru check BP, perut semua. Kali ni pasal berat aku dah tak tipu-tipu nurse dah sebab berat aku tak lebih banyak. Haha. Ikut buku berat aku naik ngam-ngam 2kg untuk sebulan. Yeay! Nurse pun kata berat dah okey dah. Lepas tu check BP pun okey. Time check perut tu yang lama sikit sebab baby tendang-tendang menatang alah tu. Nak tunggu dia detect heart beat pun lambat walaupun dah dengar bunyi tapi sebab kan baby dok kacau tu yang lama. Nurse cakap kepala baby ada kat bawah, tapi jangan risau sebab baby sekarang gerak-gerak pusing-pusing dalam tu.

Masa nak habis, aku ni pergi lah gatal tanya pasal ATT jab. Lepas tu nurse cakap, "Hah, kita memang nak buat kejap lagi la ni." Aku dah cuak sebab selalu dengar orang sampai demam-demam kena 1st jab ATT. Sakit jugak nurse tu cucuk. Elok-elok aku dah rileks kan muscle tangan aku dia boleh plak tegur kata aku keraskan tangan, memang lepas tu automatik terkeras la tangan aku kan. -_-". So far setakat ni takde lah rasa sakit gila, sengal-sengal lenguh tu ada la. Masih boleh bertahan. Malam nak tido tak boleh mengiring ke kiri sebab terasa berdenyut-denyut tangan tu. Next jab masa next check up, itupun kalau dia rasa nak buat, kalau tak masa 32weeks pulak. Ada lagi 3w ++ nak entering my 3rd trimester. Tak sabar la plak kan. Boleh start mendobi baju. Bilik pun tak habis kemas lagi, ada hati aku ni kan. Haha.

Expo weekend ni rasanya macam tak dapat je nak pergi. Kena baby sit my nephew yang gedik tu. Kalau larat aku bawak lah dia sekali kan. Untung-untung auntie dia yang baik hati ni nak belanja dia pape. =D

Oh sebelum terlupa, Selasa lepas aku ke klinik Sofea untuk buat 3D 4D scan lagi sekali tapi this time FOC sebabnya doc Sofea terlupa nak save masa aku datang last week. Isnin malam tu aku dah datang, tapi sebabkan baby tak berikan kerjasama sebab dia tido dan menghadap ke belakang dannn meniarap, aku datang balik Selasa. Itupun lepas dekat sejam duk pujuk dia baru tunjuk muka. Kesian aku tengok doc Sofea berpeluh-peluh masa buat scan. One thing doc Sofea ni takde buat muka ape pun, sabar tunggu sampai baby tunjuk muka. Encek suami hampir give up, tapi doc tak give up. Kami ni rasa tak sedap ati je, dok mintak maaf dekat doc sebab menyusahkan dia. Dah la buat scan 2x free, lama pulak tu. Doc senyum je kata takpe sebab salah dia yang tak save. Lepas ni aku dah segan nak pergi sana lagi. Next 3D 4D aku maybe nak buat dengan Jezz atau kat klinik biasa aku pergi dulu.

Super duper pemalu punya baby!
@ 24Weeks
Pic taken last week. Aku ni jarang nak bergambar lagi-lagi masa pregnant ni. Tengok cermin pun kadang-kadang rasa malu sebab terasa mengembangnya badan, tangan dan muka aku ni. Kadang-kadang rasa perut tu mengembang terlebih pulak kan. Member satu office yang pregnant 30weeks pun aku tengok perut dia sama besar tak pun lagi kecik dari aku kot. Maybe sebab dia kurus dulu takpun dia jenis makan tak main lahap je macam aku. Haha. Tak kisah la kan, yang penting sihat dan membesar dengan sepatutnya sudah la.

# Ada fire drill kejap lagi. Better aku get ready turun dulu.

Assalamualaikum.

7 comments:

  1. Kat fb aku x mengomen pun pasal little AK kan? meh sini nak bagitau yang little AK nampak cute..tang dagu pada aku cute. bibir..mata..hidung.. LIKE :)

    take dear friend..tak lama dah. july aku balik kl,perot ko makin besar..xsabar nak jumpa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy..tak sabar nk jumpa iman nnt. Ummi dia pn sama jgk! Hehe. :) Baby AK kecik lg. Tggu bersalin baru dapat tgk muka btol2 kannn. :D

      Delete
  2. comel! u slim melim je time preggy...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..slim ke Nana..berat da naik banyak da niii..hehehe..

      Delete
  3. Today, I went to the beachfront with my kids. I found a
    sea shell and gave it to my 4 year old daughter and
    said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She put the shell
    to her ear and screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her ear.

    She never wants to go back! LoL I know this is entirely off topic but I had
    to tell someone!

    Here is my page stretch mark creams

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)