Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, June 07, 2012

Pregnancy : Random

Hellow,

Baru rasa ada momentum nak buat entry. Itu pun jenuh fikir dari semalam nak buat pasal apa. Jadi kali ni buat yang random saja lah. Semua campur-campur, tak ada yang specific entry.

Last week, my sis signed up kan myself dengan encek suami untuk Antenatal class dekat Hospital Putrajaya. Saja-saja suruh my sis tanya kan, since orang tu suggest kan specific date, jadi terus je lah signed up masa 30 weeks nanti. Bayaran RM70/couple tapi kalau attend sendirian berhad pun still RM70. Deposit bayar RM50 masa sign up class dan balance masa date class tu nanti. Dekat situ dah tulis digalakkan pakai pants sebab nak buat exercise dan sebagainya. Antenatal class tu pihak hospital buat on weekdays, so haruslah apply cuti sendiri sebab diorang tak bagi cuti khas ke apa ke. Dah datang pun dengan sukarela kan. Tengok dekat application form class start pukul 8 pagi sampai 4 petang kot. Lama jugak kan sebab aku ingat dalam half day je. Tengok dia punya planned activities during the class macam best je. Semua yang aku nak ada dalam tu. Insyaallah bila dah attend nanti baru boleh buat review.

Google
 Untuk pilihan dekat mana nak deliver baby nanti, dari dulu sampai sekarang dalam kepala aku nak deliver dekat Hospital Putrajaya je. Serious. Tak terfikir pun mana-mana tempat lain. Walaupun aku tau ward akan penuh dan penuh sampai bila-bila tapi aku harap bila sampai masa nak deliver, mudah-mudahan Allah akan permudahkan segalanya buat aku. Insyaallah. In case kalau tak sempat, aku memang akan heading to KPMC Puchong je. Paling dekat dan dia punya charge tak mahal sangat sebab masih dalam kemampuan. Apa-apa pun HPj still my top priority sebab aku pernah warded kat sana masa MC last year dan rasa selesa plus boleh pakai GL encek suami so boleh save money. Haha.

Expo last weekend siapa yang pergi? Dengar cerita tak best, betul ke? Aku tak berkesempatan nak pergi sebab sangat busy baby sit my nephew dan malam jumaat tu terus balik Melaka sebab ada wedding. Balik KL pun Ahad malam sampai so memang lah tak terjejak kaki aku kat PWTC tu. Tunggu next expo masa bulan puasa nanti lah. Nak beli breastmilk storage plastic je kot. Haha. Semata-mata je kan? Confinement set aku pilih NR je, beli dekat Min Anggun Beauty sebab ada package free gift sekali. Harga pun okay lah. Dalam next week sampai kot. Sekarang ni dah tak tau nak beli apa dah, sebab rasanya macam dah banyak yang aku dah beli. Tinggal toilettries baby untuk home usage dan benda-benda kecik lain macam vicks, kool fever, balm, gripe's water etc. Oh aku baru tau yang ada Vicks untuk babies. Cap dia colour pink eh kalau tak silap. Selama ni aku ingat ada satu jenis je yang boleh pakai untuk semua. Haha. Untuk breastfeeding purpose, planning nak beli milk collection shell dulu dengan Aja BP. Lain-lain macam diapers NB, thermos, tissue dan container untuk store feeding bottles etc.

Tu dia. Baru taw. Haha
Tadi datang je office nampak envelope poslaju atas meja. Dah 3 hari tak masuk office, hari ni masuk memang tunggu envelope ni sampai je. Aku order buku Nutritionist's Choice Cook Book dekat Rai. Beli ni sebab my sis order, nanti boleh lah dijadikan buku turun temurun. =) Banyak resepi yang best-best dan menarik. Tak sabar nak suruh my sis try and bagi my nephew makan.



Tu je lah kot. Assalamualaikum.

8 comments:

  1. mmg xbest pun expo tu miza..berbaloi miza baby sit..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nasib baikk.. Mula2 dah rasa rugi gila sebab tak dapat pergi expo. Nasib baik. :D

      Delete
  2. take a breath kat sini.tunang pikiran..baca baca..asek review paper thesis je.blh jadi sewel aku.huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rileks..rileks..gud luck friend!!

      Delete
    2. ahahha..punya kelam kabut sampaikan tunang jadi nyer. hihihi

      Delete
    3. Hahaha..nasib baik aku paham..memula cam peliks gak..:D

      Delete
  3. aah dgr cite expo tu x best.nsb baik x pegi hehe. igt nak pegi july nnti yg dkt mid tuh. hopefully husben free

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom kita gagahkan diri gi yang julai punye...:D

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)