Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, May 08, 2012

Pregnancy : SonicAid vs Baby

Hellow,

Siapa yang selalu pergi KK atau hospital government mesti akan jumpa benda ni masa check up. Benda ni ada dua jenis, satu yang baru dan satu yang lama. Selalunya nurse akan pakai ni bila nak measure fetal heart rate during check up. Masa first nurse golek-golek menatang ni kat perut aku, baby menyorok dalam-dalam sampai nurse pakai doppler yang lain. Itu pun masih susah nak cari heart beat dia dan dah tentu buat aku risau. Last sekali baru jumpa lepas dah godek-godek punya lama dan semestinya lepas nurse tu baca "Bismillahirrahmanirrahim" haha.

Ceritanya dekat ward yang my sis jaga ada lah menatang alah ni. Nurse-nurse yang pregnant selalu dok pakai termasuk my sis sebab benda ni jarang diorang gunakan dekat patient. Yelah dah ward surgical, bukan O&G nak pakai selalu kan. Last week my sis kata nak pinjamkan sekejap alat ni dekat aku. Haruslah teruja sebab tiap-tiap hari dapat check heart beat baby normal ke tidak. First time dapat dan try atas perut sendiri, bacaan 156 bpm. Okay normal lah tu. 2nd and 3rd day pakai pun okey masih normal, tapi bila masuk kali ke 4 try dah jadi tak normal which is 200++. Aku jadi takut terus off kan benda alah tu for few days. Sambil tu macam nak blame kan encek suami sebab main-main pakai tu check heart beat dia. Risau jugak dekat baby tapi bila check dekat encek suami, dia punya heart beat pun kemain laju gila. Sah alat tu dah biol. Hihi.


Pinjam kejappp..

Semalam tiba-tiba gatal nak try balik. Haruslah ambil lubricant gel yang disediakan dan picit atas perut. Lama jugak aku gerak sana sini cari tempat yang keras dan tegang (petua nak cari heart beat kena letak atas bahagian perut yang keras dan tegang). Bila dah jumpa, letak SonicAid ni, terus jadi cam biasa. Baby main sorok-sorok dengan mama ye. Jenuh la jugak aku pusing-pusing satu perut sampai nak kering gel tu. Encek suami try pulak, still tak dapat nak detect. Aku dah hampir give up. Movement baby memang dapat rasa even masa tengah dok letak benda tu. Sah aku rasa dia main sorok-sorok. Lepas tu aku try kat satu tempat tapi aku tekan sikit, ada dengar bunyi heart beat tapi jauh. Saja aku hold dekat situ lama-lama sampai la doppler tu detect dan keluarkan bacaan. Sekejap je tak sampai beberapa saat keluar reading, doppler tu melantun ke atas sikit. Siap ada bunyi lagi. Aku pandang encek suami sambil gelak. Rupa-rupanya baby dah kick menatang alah tu sebab dia tak sukaaaa. Hihi. Sorry ye baby, lepas ni mama tak letak lagi.


u make me smile :)
Masa tengah buat entry ni, baby tengah bergiat active dalam perut. Tak suka la tu orang cerita pasal dia. =D

I'm glad now because i can feel every single movement inside me. Syukur Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

14 comments:

  1. hahaha...kick kuat2 lg baby..hehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..kick kuat2 pun takpe..janji sihat di dalam ni kan :)

      Delete
  2. comel baby dalam perut ni...
    nak main2 dengan mummy die... hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..itu la..suka sangat memain sampai kadang2 pegang perut sambil panggil nama dia suruh jangan memain..

      Delete
  3. oo..baru tahu nama benda alah tu..last check up baby punya heartbeat 144..kl smpi 200 tu mcm pelik je kan..ayah die punye heartbeat la tu kot..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..Kina..rasanya 200 tu bukan ayah dia yang punya..kalau kita normal heart beat 60-100 bpm je..baby 2x dari kita..so maknanya sama ada alat tu biol kejap ataupun baby tgh active gile kat dalam tu.

      Delete
  4. :) sweet moment! makin hari akan jadi makin kuat. rasa nak masukkan iman dalam perut ummi yg x berapa nak slim ni. hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kalau boleh capture every moment mesti lagi best. :) Tunggu iman besaq sikit..rasa plak adik iman dalam tu. :D

      Delete
  5. bestnye blh cek sendiri...tp kalau dah dpt pegang alat tu, mmg xleh tahan la kn? mesti nk cek hari2...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe Nana...memang asyik nak gelek kat perut tu je..nasib baik takde machine scan..kalau tak mau scan perut tiap2 minggu tgk..hahaha

      Delete
  6. hehe..suke dgr cite miza ni..mia pun mula2x ms nurse wat selalu x rs....tp ble pi doktor pkr o&g, nak pulak baby bg doktor merasa..baby mia suke doktor kot..haha...tp sejak msk enam bln lebih kandungan nie..baby dh kick selalu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..lain baby lain gaya kan..tah mcm mana lahir nnt. Baby mia nak jadi doctor kot? Mana tau..hihi..miza pun tak sangka dapat rasa baby kick selalu time2 mcm ni..ingatkan dah 6 bulan ke atas.. :D

      Delete
  7. wah bestnya dapt alat tu.baru dapat dgr sekali last cek up hari tu, mcm bunyi kuda berlari..

    oh miza, pasal baby kick tu..mula2 dulu rasa geli kan?pastu baru rasa ada kick die..lepas ni stage dia buat senaman meregang dlm perut pulak mcm yati sekrg..smpai skit2 pinggang ni nak menahannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati..miza jarang dapat rasa geli tu..selalu dapat rasa kick je..

      Sekarang hari2 dapat rasa dia gerak dan kick..tapi sakit pinggang memang dah lama rasa dah sejak awal preggy lagi..tak tau apa problem..skali datang sakit pinggang memang sampai ke kaki terasa lenguh..biasanya pinggang belah kanan dengan kaki belah kanan..

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)