Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, May 06, 2012

Pregnancy : 21 Weeks and Counting.

Hellow,

Today dah masuk 21w 2d. Alahai lambatnya rasa nak masuk Week 24. Setiap kali check up mesti tak sabar nak tunggu next check up tapi at the same time takut pasal berat makin hari makin naik. Tadi masa beli barang dekat Giant sempat timbang berat kat penimbang 20 sen. Sekali dah jadi 61.2kg kot. Itulah, banyak sangat makan today. Encek suami nak sedapkan hati kata baju seluar tolak 300g, ada ke patut. Ikutkan nak kena kurangkan nasi, tapi pagi-pagi lagi my mum dah masak nasi goreng yang sedap maka haruslah makan. Tengahari pulak ada kenduri kendara, wajib makan nasi hujan panas+chocolate moist cake yang disediakan. Balik rumah terus ngap sebijik bahulu bunga yang besar tu sorang-sorang. Lupa pulak semalam boleh pulak bantai makan ais krim dengan mangga lepas tu ratah ikan goreng sekor. Tak tau tiba-tiba perasaan nak makan tu membuak-buak. Alhamdulillah kelmarin dan semalam ada poo-poo setelah 3 hari tak melaksanakan. Hehe. Today takde pulak, harap-harap esok ada lah trip ke toilet.

Pasal MGTT yang aku buat Khamis lepas, petang tu nurse call dan bagitau bacaan. Masa puasa bacaan : 4.55 mmols dan lepas 2 jam + minum air gula bacaan : 6.31 mmols. Nurse siap boleh tanya lagi kenapa aku kena minum air gula. Jawab jujur sebab ada family history dan berat aku naik banyak. Nurse kata bacaan dalam range "normal" tapi aku kena repeat balik MGTT masa 28 weeks. Bila tanya akak aku, dia pun kata dia kena 2 kali jugak. So normal la kot masa 28 weeks kena minum lagi sekali.


So far latest baby stuff yang aku purchased online, baby changing bag atau diaper bag. Hadoi. Sempat lagi la nak membeli kan. I just can't resist myself buying baby's stuff. Hihi. Bought from SupermakShop. Barang dah sampai tapi tak sempat tengok sebab sampai kat office time aku cuti khamis lepas. Lupa pulak yang aku bercuti masa beli tu, kalau tak mesti dah buat address rumah. Orang courier call masa aku baru habis jumpa nurse so aku suruh dia tinggalkan dekat officemate aku je. Tak sabar pulak nak pergi kerja esok tengok bag tu. Oh, selain dari tu ada jugak pre-order Fisher Price portable rocker dekat sini. Harga sangat murah compare dengan market price RM300++, dan tau pun dari Intan sebab dia dah beli. Nana pernah mention sebelum ni cuma aku tak tau nak order kat mana je. Pre-order ni kena letak secure deposit RM100 dulu then bila item dah sampai, baru bayar balance. Harga dapat RM190+RM10 postage. Ikutkan boleh ambil sendiri sebab tempat nak collect sangat dekat dengan office tapi malas punya pasal, post je la.

Tu diaa..

Progress baby so far okey. Everday akan rasa dia kick sana sini. Kalau kurang kicking pun sebab aku banyak berjalan, so tak dapat nak merasa dia punya tendangan padu. Tadi siang masa tengah tengok tv aku perasan yang perut aku naik turun masa dia kick. Teruja punya pasal sampai tak berkelip aku tengok perut tunggu dia kick. Ingatkan aku sorang je yang nampak, bila tunjuk dekat encek suami dia pun nampak sekali perut aku naik turun masa baby kick. Encek suami kata yang kaki baby panjang sangat ikut kaki dia. Cehh..semua nak ikut daddy dia je. Mummy dia takde ke? Tak sabar nak tunggu perut senget benget bila baby gerak nanti. Tapi orang kata nak nampak macam tu kena tunggu dah 7 8 bulan eh? Takpe, sabar sabar dan sabar.

Sekarang ni bilik kami dalam proses pengubahsuaian ruang. Nak renovate bagi besar memang tak dapat la, just get rid apa yang tak patut dan tak perlu lepas tu re-arrange balik untuk keselesaan baby. Berpeluh-peluh jugak la nak mengemas ni kan. Baru sikit ni, belum masa untuk turunkan drawer ikea yang aku beli buat pekasam kat bilik atas lagi. Bilik kecik dan sempit plus baju-baju yang terlebih dose. Memang tak dapat nak buat apa la kan. Baru lepas asingkan baju kurung yang tak muat di pakai untuk disimpan. Haish, banyak sangat yang dah tak muat. Hopefully lepas pantang muat balik lah.

Tidakkkkk...!!
Nama baby dah ada sebab kami berdua dah lama prepare masa sebelum kahwin lagi. Haha. Gatal gile belum kahwin dah prepare. Prepare satu nama baby boy and satu nama baby girl. Insyaallah akan kami pakai nama tu nanti. Makna nama haruslah ada. Salah satu nama tu aku yang pilih sebab teringat dekat nama  sorang senior yang handsome masa dekat TIKL dulu. Haha. Nasib baik nama tu termasuk dalam 99 nama Allah. Lagipun aku suka nama tu sebab macam jarang orang pakai kot. Takde lah encek suami kutuk aku. :D 

Esok kalau rajin dan ada masa aku akan update pasal diaper bag. Mama punya bag rasanya nak recycle je bag yang ada dekat rumah ni. Sobs. Nak jimat kan.


Assalamualaikum.

13 comments:

  1. berminat jugak nak beli nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli Wawa jangan tak beli..siriyes murah.. :) Tapi ada satu lagi rocker/bouncer kat Supermak Shop jual dalam RM150+ je..design lain sikit la..try tengok..

      Delete
  2. 1st,aku pun minum air gula 2x..memang gitu.alhamdulillah sepanjang 2x minum,aku ok.

    2nd,tersangat jeles sebab ko dah buat pre-order Fisher Price portable rocker. aku beli dgn apis kat toy r us RM349 kalau tak salah aku la..tp,memang harga RM3++ mahal giles nak d bandingkan dengan yang ko dapat ni.rugi...rugi...huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang 2x kali eh? Ok2. Lega la camtu..harap2 next minum air gula pun ok jugak mcm kali ni..

      Kann..memang harga dalam range tu..sangat mahal..ikut hati memang nak je beli yang mahal2 tu tapi bila dah ada blogger yang beli lagi murah memang harus grab la..ada satu lagi jual pun murah jugak. FisherPrice tapi jenis lain sikit..price dalam RM150+ je.

      Banyak keuntungan dan penjimatan dapat buat kalau beli online ni kan.

      Delete
  3. kita pun tak sabar tggu 24weeks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaaa..sama la kan..memang semua akan rasa mcm tu kot? Hihihi.. :D

      Delete
  4. lani mia kurangkan nasi...1 hari target 1 pinggan je..klu dulu leh jd 2 pinggan luch+dinner)..ada lak org perli mia diet...tp malam ..mia ratah buah & sup sayur jela...

    wah shoping sakan ni..mia br nk mula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mia, miza memang makan nasi sepinggan je sehari sebelum ni..nasi pun small portion je tapi still naik berat banyak..ni kalau dah makan lebih mmg naik lebih la..

      Delete
    2. Hehe..shopping sakan eh..ni pantang nampak benda murah je..tapi kadang2 kalau tunggu lama sikit dapat lagi murah kan..

      Delete
  5. sekarang dah start panggil baby dgn nama..hee..

    tp betul kot..baju & seluar berat gak..hee..pernah buat eksperimen dlm rumah..lain jd result..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..tau je gender tros panggil nama..kadang2 rasa klaka plak panggil nama kat perut..heee..

      Hahaha..betol la..kalau pakai baju jenis kain berat memang akan ada effect kan. Kalau g check up slalu pakai baju yg nipis n ringan tapi lebih kurang je result. Hahaha

      Delete
  6. apa nama baby tu..cer citer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...kena tunggu sampai baby lahir la.. :D

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)