Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, June 12, 2012

Antenatal Class - Hospital Putrajaya

Hellow,

As requested, balik je dari attend antenatal class terus nak buat entry. Cewah, bukan main semangat. Planning asalnya, aku registered Antenatal Class dekat Hospital Putrajaya untuk sesi July sebab time tu dah masuk 30 weeks. Nak dijadikan cerita last week, staff nurse yang handle class ni called dan cakap ada couple tarik diri dan offer aku untuk gantikan tempat mereka. Setelah cuti approved, maka hadirlah aku dan encek suami dekat antenatal class pagi tadi. On the way nak pergi, encek suami tanya agaknya ramai tak orang, banyak tak orang-orang yang lagi tua dari kami and so on. Aduhh, kita attend je pedulikkan je lahh yang lain. Ternyata bila sampai, kami yang paling muda. Lain-lain dah nak cecah 30s atau pun dah masuk 30s. Haha. Pandai-pandai je aku judge umur diorang kan.
Class ni diorang open untuk limited couple je. Macam tadi ada 8 couple je. So kurang orang, lagi banyak interaction antara penceramah and orang yang attend class ni. Dia dapat tanya and tunjukkan kat tiap-tiap orang. Aku suka kalau limited macam ni. Ilmu lagi banyak dapat kot and for sure tak crowded sangat.

Activities/session in this antenatal class :

Breakfast
1. Pengenalan Mengenai Kehamilan & Proses Bersalin
2. Pemakanan Semasa Hamil dan Postnatal
Break
3. Persediaan Bersalin + Demo mandikan & bersihkan baby (praktikal)
4. Penyusuan Ibu 
Lunch Break/Solat
5. Urutan Selepas Bersalin (TCM)
6. Demo : Senaman Antenatal dan Postnatal.
7. Visit to Labour Room

Banyak sangat info yang aku boleh gain during this class. Memang berbaloi dengan harga RM70/couple je. Siap dapat goodies bag untuk setiap couple dan goodies from TCM unit which is satu pack herba untuk mandian. Boleh try weekend ni lepas balik exam stress stress kan. Hehe.


Masa habis sesi pengenalan to pregnancy tu, diorang pasang video orang bersalin. Okey sangat ngeri. Meremang bulu roma aku kot. Rasa takut nak deliver time tu. Tapi da lama-lama dah takde takut dah. Masuk pemakanan masa hamil and postnatal tu pun aku rasa banyak yang dah tau, tapi still ada benda yang aku belum tau. So aku take note disitu. Take note dalam otak je, sebab ada handouts yang diorang dah bagi. Nanti boleh refer balik.

Persediaan sebelum bersalin tu, penceramah cerita pasal barang-barang nak bawak gi hospital semua. Yang pastinya no feeding bottles, pacifier and formula milk allowed! Sebabnya HPj adalah baby friendly hospital yang hanya galakkan EBF. Satu lagi HPj juga husband friendly hospital, so husband boleh masuk bagi semangat kat si isteri time nak bersalin. Bagi husband yang takut gila darah sampai boleh pengsan (macam encek suami) di minta bagitau nurse dan boleh tunggu kat sebelah isteri tapi menghadap ke isteri dari pinggang ke atas sahaja. Kang tak memasal ada yang pengsan masa bersalin kang.

Mandikan baby tu dah biasa tengok akak aku and mak aku buat even aku pun pernah mandikan my nephew tapi tak sampai 10x pun. Masuk penyusuan ibu, tu yang paling aku tunggu-tunggu. Semangat nak EBF anak kan. Bila dengar ceramah, baru aku tau yang storage bottle BPA Free boleh pakai sampai 6 bulan je? Kalau bukan BPA Free, boleh pakai 3 bulan. Dia kata tak guna pun beli storage bottles mahal-mahal dan banyak-banyak sebab nanti kena buang jugak walaupun BPA Free ke ape ke. Confused jugak aku, tapi takde siapa pun yang tanya aku senyap je. Boleh tak?Hehe. Suggested to use bekas dadih untuk storage susu perahan. So cancel la plan aku nak beli storage bottle bumblebee. Jimat duit.

Urutan lepas bersalin tu, aku pernah temankan akak aku pergi berurut kat sana lepas bersalin. Tempat dia memang best dan selesa. Tapi urutan ni available untuk patient yang deliver dekat HPj dan secara normal sahaja. Kalau buat appoinment pun start 6 days after deliver baby. Total ada 6 session, 3 hari masa awal pantang dan 3 hari nak habis pantang. Dia suggestkan lepas bersalin seminggu lepas tu baru start berurut dan 1st massage yang dia recommend kan lepas je deliver adalah breast massage. Tujuannye nak bagi breastmilk flow lancar dan tak tersumbat. Production susu pun banyak. =) One more thing, diorang tak bagi pakaikan barut dekat baby before tali pusat tertanggal sebab nak cord tu cepat kering and tertanggal.

Senaman antenatal dia ajar cara nak prepare for labour which senaman untuk perut, lepas tu ada 3 jenis senaman untuk sebelum bersalin dan masa cara pernafasan masa nak push nanti. Lepas tu ada 10minutes relaxation session, di mana kami semua baring dan lelap mata atas exercise mat sambil dengar lagu yang soothing gile. Haha. Physio yang ajar exercise ni practice this exercise and berjaya deliver without episiotomy tau. Tak tau lah kalau dia ada buat perineal massage sekali tu yang tak payah gunting-gunting tu kot.

Disebabkan labour room tak ramai orang, kami dapat pergi melawat sana. Walaupun aku dah pernah jejak kaki dekat sana 3 kali. 2 kali masa miscarriage dulu dan sekali masa my sis bersalin, tapi aku belum pernah masuk labour room. Yang aku masuk tu dekat Ward Bersalin, EPAU dengan monitoring room je, pastu tros diorang transfer aku g katil. Masuk je labour room, terasa macam nak bersalin plak. Agaknya macam tu la keadaan nanti kan. Insyaallah, aku nak bersalin normal tanpa sebarang complications. Tapi kalau dah takdir, aku redha. Haha. Ayat tak hengattt.

Kesimpulannya, tak rugi pun attend. Semoga segala info yang aku dah gain and gather boleh la aku ingat dan diguna pakai masa nak bersalin dan selepas bersalin nanti. Insyaallah. :)

Assalamualaikum.

22 comments:

  1. salam....
    nak tnya, macam mana nak register kelas tu ye?
    thanx.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wmsalam, nak register kena pergi dekat hospital tanya dekat bahagian pendaftaran kot. Takpun try call number ni : 038312 4280 cakap dengan Staff Nurse Laily/Haslina tanya pasal next session antenatal class. Harap dapat membantu. :)

      Delete
  2. Nice Info...

    OO.....baru tau pasal BPA bottle tuu...Kirenye takyahla beli botol mahal2 ye tak...?? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tak pasti la cik lijah. Kalau ikut yang penceramah tu tak payah la kot, tapi rasanya takkan storage bottle tu boleh tahan sampai 6 bulan je. Rugi la kalau dah beli kan?

      Delete
  3. time kasih kongsi ilmu kat entry jugak..ade yg tau & ade yg baru jer tau..tqvm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring. :) kadang2 bila dah attend class baru tau apa yg kita tak tau kan.

      Delete
  4. hi asz miza :)
    nice info. i tgh duk tunggu nk register ke x class kt demc(160 per couple mahal la jgk compare to kpmc yg i dh byr rm30 per couple tp asik pospon smpi hari ni grrr).kan best if hosp putrajaya tu accept org yg tak deliver situ huhu. sbb kalau ikut kategori kwsn kalau i nk deliver fall under Serdang hosp.huhu.khamis ni br nk pegi exercise class kat serdang. tak syok sbb dia buat class bf hari lain2.igtkan 1 shot mcm u pye ni. huhu. tu yg duk pk nk g full courses kt tmpt laintu.btw nice info! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa, rasanya kalau tak deliver sana pun boleh kot. I tak sure sebab my sis yg register kan. Maybe dekat buku pink i checkup kat KK Putrajaya wlpn duduk Puchong.I pun blm tentu dapat deliver kat sana sbb slalu je full. Kat serdang buat asing2? I ingatkan one shot sampai habis. Haritu ingat nak register kat KPMC bila baca entry u, tapi asyik postponed je tros tak jadi.

      Delete
  5. Laa..miza da attend rupanye..igtkan 30weeks..tersilap baca la ni..byknye info dapat..antenatal kat sini dlm english rasanya kina lagi senyap sunyi tak bertanya kot..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Itu la. Dah dipanggil awal, datang sajalah. Hihihi. English pun boleh bertanya jugak kan Kina..nnt Kina attend Kina share jugak taw. :)

      Delete
  6. thanks for sharing :) ermm, pelik jgk psl BPA tu ek, erm nnti nk google lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Pelik kan? Nanti kalau dah dapat info pasal ni share2 la okey. :)

      Delete
  7. Bestnya dapat peri kelas ni..
    Kita tak dapat join lah..
    Kat Kuching ni macam takde je.
    Lagipun, tak best kalau pergi sorang-sorang kan.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana..alhamdulillah berkesempatan g class ni. :) Hana try la survey2..kot2 ada yg kena dengan time Hana and husband ke. Mana tau rezeki. :)

      Delete
  8. suatu pengalaman yg berharga kan...mia teringin nak gi..tp xde lak class mcm tu di sini..lg pulak ble sebut couple..suami xde di sini..pjj kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mia, ada je yang datang class sorang-sorang, tapi kena ada member la yg teman takde la bosan sangat. Try la survey mana2 yang ada buat, mana tau ada ke. Boleh gain knowledge. :)

      Delete
  9. Kita berurut gak kat TCM, tapi dpt tarikh almost 2 minggu lps bersalin...sbbnya full...

    Nasib badan ok xdemam so on, masa anak no 1 hari ke 6 demam, tok2 dh bising kt badan dh masuk angin sbb masa tu urut ngan makcik urut (dia yg delay sbb dia ada hal)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nasib baik memang dapat hari ke-6 kan. Kalau tak mmg lambat sikit. Kak Ti yang TCM tu pun ada cakap pasal masuk angin tu. Tu yg kena urut breast dulu baru yg lelain.

      Delete
  10. nak sangat pegi....tp tk tau la dpt pi ke tak sb kdg2 husband keja weekend...

    yg storage tu mmg btl, tp kalau bekas dadih cuma blh guna 3x je kalau tak silap

    ReplyDelete
  11. Syima..yg kita pergi tu on Monday je dia buat tapi sebulan sekali je. Rasanya bole la kot klo Syima nak g tapi kena apply cuti la. :)

    Oh kira betul la eh pasal storage bottle tu. Kalau storage bottle mahal so pakai je lah bekas dadih yg tak sampai RM10/100pcs tu. Hehehe.

    ReplyDelete
  12. wah..untungnya dear..all in 1 ek..xrugi u pergi ctu.napalah hosp putrajaya tu jauh dr uma i..uuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..nasib baik my sis tolong tanyakan. Ala kalau u nak g bole je kot. Hihi.

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)