Sabtu ni aku ada final exam untuk semester ni. Start study semalam, itu pun lepas jumpa notes yang tah mana-mana aku letak habis last class hari tu. Budget betul aku nak study satu hari satu subjek. Itu pun tak habis cover pun semua subject yang akan masuk final. Stress betul study part time ni kan? Dulu masa mula-mula masuk aku semangat habis. Sekarang semangat tu dah makin berkurang lagi-lagi bila dah kahwin dan pregnant dan fikir nak bersalin tak lama lagi. Baru-baru ni surat dari PTPTN datang. Bila tengok admin fees untuk loan study part time ni, adoi lagi luntur semangat aku nak belajar. Sepatutnya lagi la rajin kan sebab dah berhabis duit nak study, tapi bukan aku.
![]() |
Dah lama aku fikirkan pasal ni, tapi masih lagi belum buat keputusan muktamad. Sama ada aku nekad berhenti atau aku teruskan usaha suci murni aku untuk habiskan degree dalam masa 7 tahun dan lebih. Lepas tu aku boleh la dapatkan khidmat bosses dan supervisor untuk recommend kan nama aku untuk jadi Shell staff yang berpendapatan lumayan. Muahahaha! Lagi 7 tahun ++ oi! Lama lagi, mungkin dah kiamat kot masa tu, wallahualam.
Jadi nya, selepas penangguhan aku 1 short sem dan 1 long sem, adakah aku akan lebih bersemangat untuk belajar? Setiap perkara perlukan kesabaran dan pengorbanan. Kalau aku rasa this kind of feelings bila tinggal lagi setahun nak grad, mungkin aku tak akan berhenti belajar. Tapi kalau masih berbaki 7 tahun? Memang aku tak mampu. Borang penangguhan dan berhenti belajar dah lama ada dalam simpanan pendrive aku. Tunggu masa untuk print, isi dan submit. Final exam sabtu ni harus di hadap walaupun aku baru baca satu setengah chapter. Jadi apa yang aku tengah buat sekarang ni? Tulis entry dan buang masa. Bye!

Assalamualaikum.



7 tahun adalah sgt lama dear.. bby dah darjah 1.. hihi.. tpi kena sabar n kuatkan semangat.. bukan senang nak senang kan.. apapun, all the best!!!!
ReplyDeleteTrue indeed! Haha. Tapi takkan nak gap anak 1st ngan 2nd sampai 7 tahun kan? Maybe in between pun pregnant lagi mana la tau. So another extension required. It take some time jugak nak habiskan nnt. More than 7 years kan?
Deletelamanye miza..takpe..perjuangan harus diteruskan..chayok2..
ReplyDeleteKina..sangat lama tau..kalau 7 tahun umur miza 32 baru habis. T-T. Jadi graduan tua la jawabnye. :D
Deletejgn mengalah miza :) teruskan usaha, insyaALLAH akan di permudahkan..
ReplyDeleteInsyaallah. Semoga dipermudahkan segalanya. :)
DeleteMama..baby pun mesti tengah garu2 kepala dalam perut tu sebab tumpang sama rasa mama pening. InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja. memang tak senang la yang nak lalui dan mudah bagi yang cakap..apapun,go on je..lalu je..jalan je..bukan nak pandang remeh pada target,tapi kalau terlalu fikir dan merancang,macam hampeh je nanti. itu pada diri sendiri la. sama je macam aku ni. bila dah ada iman, belajar full time,aku lalu je..jalan je..nak tergolek pun,aku lalu jugak. bukan senang nak senang..huh...
ReplyDeletewish u best of luck dear friend :)
Erna..betul tu. Sekarang ni selagi boleh redah aku redah. Bak kata Nadd la, ada benda yg perlukan pengorbanan. Sama ada berkorban masa untuk anak n family nanti atau berkorban belajar. Aku ingatkan belajar part time ni lagi senang dari full time. Rupanya lagi susahh..Hahaha. Sila bagi semangat banyak2 kat aku! Tolongggg~
Deleteuiks lamanyaaaaa! apa2 pon kuatkn semangat n berhenti di tgh jln :)
ReplyDeleteNana.. u bagi semangat suh i berhenti tengah jalan ke? Hehehe..1st time ada yg bg semangat mcm ni.. :D Yang lain sume suh teruskan. Hehehehe
Deleteeh i nk tulis JGN berhenti di tgh jln...hahaha
Deleteaszz..help me too..semangat yang hilang juaa..
ReplyDeletekawan aku nak berenti..xde kawan daaaa..
Alamakkk...janganlah begitu. Sila jangan jadi malas macam aku.
DeleteKorang berdua aku nak rotan montot kalau nak behenti. semangat ada je ni..saling bagi semangat la kan..xpe..doa mintak petunjuk..doa agar d permudahkan urusan dunia akhirat :)
DeleteHahahaha..larikkk..ummi iman nak rotan!!
Deletexpe miza...wplambat setiap usaha pasti perlukan pengorbanan utk dpt kan hasil..go miza
ReplyDeleteTQ mia. :)Harap2 hasil tu akan nampak nanti..hehehe
Deleteinsyallah segalnya akan dipermudahkan kalau niat kita btol...insyallah awk mampu ^_^
ReplyDeleteAminn..harap2 segalanya dipermudahkan. :)
Delete