Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, June 20, 2012

F&B : Chocolate Moist Cake+Chocolate Ganache

Hellow,

Cake ni aku baked semalam sebab my dad order on behalf of his staff. Bukan nak cerita pasal order tapi pasal yang aku dah berjaya menghasilkan chocolate ganache seperti yang di idam-idamkan. Bukan susah pun nak buat, tapi sebelum ni aku selalu salah teknik plus aku ni jenis yang tak reti nak bersabar nak tunggu cake dan melted chocolate + whipped cream tu untuk jadi sejuk. Sebab tu lah bila aku buat topping je, chocolate asyik meleleh-leleh sampai kadang-kadang aku naik fed up. Aku ni ada satu perangai M untuk tengok resepi banyak kali. Budget tenung resepi dalam 5 minit lepas tu boleh hafal semua steps dan ingredients la kot. Pernah satu kali ada order untuk red velvet cake, cake dah okey tapi cream cheese topping pulak cair. Semua gara-gara tak tengok resepi betul-betul, budget kuat ingatan sebab dah pernah buat sebelum tu menjadi. Hasil penelitian kat dalam beberapa video demo untuk buat chocolate ganache, hasilnya memang menjadi. Muahaha. Suka pulak aku kan.

Chocolate Ganache

Lepas ni, target aku untuk baked cake dengan lebih cantik dan flat surface. Kena try and error banyak kali sebab everytime aku baked any type of cake, surface dia mesti berbukit dan cracked. Aku baca tips, katanya sebab temperature masa membakar terlampau panas, tapi aku follow exactly dia punya baking temperature. Orang kata lain jenis oven, lain setting dia. So semalam aku try la setting temperature from 180c to 175c dan lagi 10 minit nak habis, aku set ke 160c. Tak menjadi jugak sebab masa setting ke 160c cake dah berbukit dan cracked. Malam antii akan try and error lagi sebab chocolate ganache still ada lebih. Kita tunggu dan lihat. =D
Terpaksa upside down cake untuk dapatkan flat & smooth surface :(
Final product
:)


Assalamualaikum

*Nampaknya semangat untuk membakar cake dah datang balik in my 3rd trimester..^_^*

14 comments:

  1. Sedapnye kek coklat...
    Nak order jugak boleh....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..kalau org order nnt mesti tak jadi..:D Nnt balik semenanjung bgtau la. Boleh miza buatkan utk Hana. Tak payah order2. :)

      Delete
  2. bestttttnye..dah la bazi mmg gile kek cokelat...tgk pon dah rs sedap huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bazi..nampak sedap..rasa tak tau lgi. Hehe. :D

      Delete
  3. glups!dear...u buat i kecur laa.last wekend i try buat kek buah2an tp i bakar coz kukus xde.dlm resepi tu tulis 180C selama 1 jam.around 45mins i bau hangit tp sbb ada sifat M mcm u gak,so i ignore jelah.bile dh bunyi kting je, i usha kek n ternyata kek i hangus hitam legam.wahahah!hampa gileeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, kalau tang membakar cake ni kita kena dedicated masa kita depan oven je la kan. Hehe. Klo kukus memang takes time, kalau tukar ke oven kena kurangkan sikit time. Kalau tak memang legam le jadinye. Takpe next time try lagi tapi kurangkan jadi 30mins ke. Klo tak masak lagi baru u tambah extra time. :D *Ada hati nak ajar org sendiri pn blm pandai kan* Hehehe.

      Delete
    2. tq dear..bertapa dpn oven ek.hihi
      sbb terlampau kempunan sgt,beli jela ready made kat 7e.huhuhu

      Delete
    3. Hahaha. lagi senang kan beli je yg da siap. Klo yg dah siap i suka beli brand Silver Bird. Terasa moist dia punya choc cake. :)

      Delete
  4. rajinnya asz..3rd trimester pn rjin lg,hehehe..
    cheq sue pn blm pndai lg wt topping,malas sebenarnya..hahaha.tabur aje coklat rice atas kek,siap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni baru rajinkan diri..kalau tak memang malas start pregnant ni. Takde topping tak best sangat. Rasa kering je cake. Tapi klo mmg time dah malas sangat mmg tabur je choc rice tu.:)

      Delete
  5. omg terliurnya i tengok...nk buat cake jugak la ptg ni...haha

    ReplyDelete
  6. sedapnyer tgk...terliur dah ni...hihihii

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)