Hellow,
Minggu busy di office da start. Banyak benda yang nak di buat walaupun semua drawings ada dalam satu file tapi tebal kalah novel 5 buah. Rilek, rilek, kalau buat laju-laju nanti cepat habis, esok lusa dah menonong balik tak tau nak buat kerja apa kan.
 |
| Credit Picture : here |
Sedar tak sedar aku dah cecah week 30. Alamak ai, ada lagi 10 minggu je lagi paling lambat dan paling awal lagi 6 minggu baby nak keluar. Aku nak baby keluar lagi 7 minggu 4 hari boleh tak? Hahaha. Baby, please bagi mama makan ketupat, rendang, kuah kacang, air sejuk sedap-sedap, kuih-kuih raya, lemang bagai dulu ye. Ala kasi chance lah dekat mama seminggu beraya. Lepas tu kalau nak keluar, dengan segala hormatnya dipersilakan. :D Sibuk nak beraya pulak kan, puasa lagi dua minggu je lagi kot. Agak-agak baby behave tak nanti? Kalau baby lapar macam mana? Kesian baby. Hehe. Alasan je kan. Insyaallah baby kuat boleh bertahan puasa sama dengan mama dia. Iye tak? Tahun lepas rileks je puasa time preggy. Ape ada hal kali ni kan? Janji sahur, kenyanglah baby.
Oh nak cerita, sabtu lepas masa dekat Penang secara magisnya pergelangan kaki aku jadi bengkak. Ohemgeee la aku time tu. Maybe kurang minum ayaq lepas tu banyak berjalan dan berdiri. Hmm. Agaknya lah kot. Aku risau gila jadi kaki macam gajah, so selagi mampu dan boleh aku akan urut-urut kaki dan naikkan kaki tinggi dari kepala. Hari ahad, masih sama tapi ada lah susut sikit. Balik je rumah, tido terus rileks kan kaki. Alhamdulillah hari Isnin tu dah okey. =) Legaaaaaa. Malam tu terus cari sandle yang sedap dipakai. Ada yang sedap tapi size agak besar tapi aku rembat je. Habis aku usung pergi kerja la, shopping la, jalan-jalan semua aku sarung je. Selesa pun selesa walaupun murah.
 |
| Scaryyyy! |
|
|
lepas ni nak beli macam ni pulaks.
|
Satu lagi aku noticed, apa lagi kalau musuh ketat semua mom to be, stretch marks la apa lagi kan. Si SM ni dah mula appear dekat peha aku. Area perut masih clean and clear takde SM. Bahagian muntut yang mula-mula sekali SM appear makin bertambah-tambah banyak. Sadis tau tak. Bukan tak buat prevention dari awal-awal. Jenuh la dok sapu cream SM hari-hari. Memang kejam betul, dia keluar jugak kan. Lepas tu masalah aku masa pregnant ni, kulit jadi gelap area leher, bawah lengan, perut dan bahagian breast. Sekarang ni tengah try pakai sabun susu beras yang aku beli dekat
sini. Best pulak pakai sabun ni. Ada la nampak perubahan sikit. Hari-hari sental, satu buku sabun boleh tahan tak sampai seminggu je tau tak. Mana tak nya tak tahan lama, encek suami pun turut terlibat pakai sama. -_-". Nasib baik beli 6 biji terus, tahan la sebulan gamaknya. Lepas ni nak beli sekali 12 biji, sebab lagi banyak lagi murah. Hari tu order 12 biji tapi bahagi dua dengan kawan opis. Dia pun pakai sabun ni tapi lagi awal dari aku.
 |
| Wangi je lepas pakaii.. |
Kisah mendobi dah pun aku buat bila ada waktu terluang, dah tak kira siang ke malam. Kalau mendobi siang pun aku sidai dalam rumah jugak. Kadang-kadang bila balik kerja aku rasa rajin, mula la aku asing-asingkan baju dan rendam dalam besen. So far semua baju aku basuh pakai tangan tapi tang spin aku kasi peluang washing machine untuk buat. Haha. Spin takat 3 minit sudah. Kang jahanam baju anak aku. :D. Still ada lagi yang perlu di dobi esok lusa kalau aku senang. Ingat nak shopping barang-barang baby sikit weekend ni. Dah lama rasanya tak shopping baby's stuff kan.
|
|
| Batch 2 : Bibs, blankets, towels, wash cloths. |
 |
| Batch 3 : long and short sleeve suits, mitten+booties. |
|
|
Batch 4 : rompers, jumpsuits, mittens, socks
|
Semua ni bukan lah aku buat sekali one shot satu hari. Gila oi letih. Dah la baju kecik cenonet, nak kena basuh secara delicate pulak tu. Mitten ngan booties nak kena basuh pelan-pelan, kang ada yang tercicir plak. Ambil masa jugak lah nak perabiskan semua ni. Itupun still ada yang belum di dobi macam sarung bantal, rompers (size 6m), baju+mitten+booties (hands down from my sis). Bila kira-kira, rasa macam long sleeve suits dan baju new born sikit pulak. Makanya kena la shopping lagi sikit. Muahaha. Sukanya aku. =D
SM memang jahat tau! aku pun dari awal dah pakai cream khas utk SM. abis sebotol,aku beli pulak bio oil. tp...bila masuk 8bulan,mmg ketara SM bermaharajalela.alhamdulillah kena kuat semangat nak hilangkan..skrg dah kurang :)
ReplyDeleteSabun susu beras tu memang best! tak payah la beli lagi..isnin ni aku blk puchong.aku bagi ko free..nak? aku ada banyak. pakai memang kulit sehalus iman. tapi iman lagi halus la..hehehe
Haah memang jahat..geram je kan. Tengok kulit orang kot..ada yang sampai bersalin tak keluar langsung macam mak aku. Jeles plak.
DeleteSabun Susu Beras free? Nakkkk. =D Haha. Tak senonoh plak aku ni kannn.. Yeay yeay ko balik isnin ni yeee..tak sabaq nak jumpa lagi!
comel nye tgk baju si kenit byk tergantung-gantung! Take care, dah 30 minggu, dah makin dekat, debaran pon mesti makin kuat kan huhu
ReplyDeleteHehehe. Tau takpe. Makin dekat makin cuak. Sakit perut sikit da cuak ingat nak beranak da..haha.
Deletesame la kite dah 30 minggu...heheh...so far kaki takde membengkak lagi..SM kat prut pun xde lg...xpenah sapu ape2 pun lg...huhuh....
ReplyDeleteHehehe..itu lah..tengok jenis kulit org kot..ada yg tak letak pape pun still clean and clear. Kaki bengkak tu kalau slalu jalan, berdiri dan kurang minum air confirm jadi punya. :D
Deleteaty dulu..gigih mse fes time jer..lepas tu sebulan jer basuh tangan..lepas sebulan..semua masuk mesen...cume asingkan jer ngan baju mak paknyer..hahaha..dasar..
ReplyDeletehahaha..ni yg 1st pun da malas..ape tah lagi nnt anak da kuar..kannn..:D
Deleteme too.harap2lah dpt merasa 1st day raya tu kan..nk mamam ketupat,rendang,masak lodeh dgn sepuas2nya..uuu!
ReplyDeletehehehe..insyaallah..harap2 baby bagi la kesempatan dekat mama dia kan. :D
Deleteni mesti baby boy eh.semua putih and blue je.hehehe.rara ni ntah bila lah nk mendobi pulak kan.
ReplyDeletehehehe..rileks Rara, ada banyak masa lagi..:D Insyaallah baby boy. :D
Deletehai i singgah sini and follow. wah mintk2 sempatla u merasa rendang sume ye. kalau tak kempunan la u huhu
ReplyDeleteHi Cha, tq. :) Insyaallah sempat kot. Hehehe. Kalau tak telan air liur je..adoii. :D
Deletewah..miza dah start..nak start jugak la..mesin dah la manual..mcm papanye je kena basuh..haha
ReplyDeleteHehe. Kina takpe boleh tunggu balik Kuantan nnt. Mesti lagi ramai yang nak menolong. :D
Deleteteringat bsuh baju bb before umairah keluar ;)
ReplyDelete:) best kan?
Delete