Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, July 07, 2012

Pregnancy : Braxton Hicks Contraction?

Hellow,

Bestnya esok weekend boleh tido lama-lama. Haha. Okey, straight to the point je la, aku selama ni dok baca pasal braxton hicks contraction ni. Nak tau jugak sebab nanti nak bezakan antara contraction betul dan contraction tipu. Akak aku cakap contraction ni sakit macam nak terberak je kot. Rasa perut memulas-mulas je kan? Sekali datang lepas tu hilang, datang dan hilang. Selain tu aku baca pasal benda ni dekat blog-blog mom to be lain. Macam mana rasa dia. Ada kata perut sakit, urat tegang, perut mengeras and so on. Tapi masalahnya aku dah set kat kepala ni yang sakit tu macam perut memulas je. Full stop.

Google

Seminggu dua lepas aku dah start rasa perut mengeras. Okey la biasa la kot, baby dah besar haruslah tak ada banyak space dalam tu. Jadinya mesti dia gerak-gerak langgar perut dan sandar sampai jadi keras. Aku abaikan je. Minggu lepas pulak, terasa sakit dekat ari-ari plus perut mengeras. Macam senggugut tapi mild je. Masa aku rasa tu, dari pagi sampai la ke petang. Malam dah okey da. Dua tiga hari lepas kot, perut aku memulas-mulas every 10 minutes. Mula-mula tak ada la aku kisah sangat sebab aku tau perut aku masuk angin. Tiba-tiba gatal nak kira berapa minit gap bila rasa memulas tu. Pukul 2 pagi rasa, lepas tu 2.10, lepas tu 2.20 dan lepas tu..zzzzzz aku dah tertidur. Haha. Pagi bangun cergas je.

Hari ni, bangun pagi-pagi nak pergi kerja dah terasa macam mild cramp. Alah, tak apa la kot. Bukan tak pernah rasa before this. Sampai office pun terasa jugak, macam nak period je kan. Every hour pergi toilet nak pee pee sambil check panties. Makin petang makin tak selesa. Angin lagi kot? Hari ni pagi minum kopi sebab budget dapat la nak membuang, tapi hampa. Lepas tu makan oats dengan susu dumil mama je. Lunch makan chicken puff + carrot cake 2 slice. Lepas tu dah tak makan dah sampai balik kerja. Masa solat tu dah terasa sengal gila kat ari-ari. Sambil tu aku tarik nafas nak bagi hilang sakit. Tak hilang jugak. Masa solat kurang sikit rasa sakit. Masa duduk buat kerja terasa gila macam period pain.
Google

Balik kerja, drive ambil my mum dan masa tu memang dah tak senang duduk. Jalan dah la jammed gila dan aku pulak dah berpeluh-peluh tahan sakit. Sakit sampai urat-urat dekat pinggang terasa macam nak putus tau tak. Sakit jenis non stop pulak tu. Sambil drive aku text encek suami mengadu sakit tapi dia senyap je. Haish, ni yang nak sentap ni. Balik je rumah perasaan sakit tu makin menjadi-jadi lagi la bila nampak encek suami dah pulang dan terbaring tidur atas katil. Geram pulak aku rasa. Baring sebelah dia pun buat tak tau je. Lagi bertambah sakit dan akhirnya tak tahan sangat sakit, meleleh jugak air mata emas aku. Haha. Bila dah meleleh, automatic dia terjaga sambil urut belakang aku. Hah, tau pun. Time tu aku teringat kalau kena Braxton Hicks contraction, nak kurangkan sakit kena ubah posisi dari duduk berdiri ke ape ke dan kalau nak senang baring mengiring ke kiri. Aku pun baring mengiring sambil lap air mata tahan sakit. Tak pernah oi sakit macam ni. Lama-lama, magic nya sakit tu hilang. Hilang terus tau tak. Tapi bila aku baring terlentang, terasa macam sakit tu nak datang balik. Aku pun mengiring balik sampai la hilang sakit.
Mengiring camni memang tido terus la..

Kesimpulannya disini, adakah itu braxton hicks contraction? Atau pun perut aku ni masuk angin lalu rasa sakit. Ada kaitan tak? Kalau betul lah tu BH, memang menangis aku masa nak bersalin nanti. Sekian.

Assalamualaikum.

12 comments:

  1. Masa mengandung iman,xde la pulak aku nak rasa sakit macam cite ko ni. cuma minggu terakhir iman nak lahir,sakit ari-ari..pasal iman mengeras tu ada jugak la..tp sakit2 pinggang ni,rasa mcm xde je..aku pun x sure sgt.mommies lain ada info nk sharing kot..tggu next comment :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..itu la..takut plak da nk terberanak awal. Asyik pujuk baby AK suh tggu lagi 7 minggu plg awal klo nak keluar..:D Sakit ni jenis period pain sampai menarik urat2 kat pinggang. Rasa nk tercabut pinggang je. Alhamdulillah la today dah okey. Lepas balik mengiring dalam setengah jam terus hilang.

      Delete
  2. Braxton hicks la tu sb bila tukar position hilang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..bila mengiring je terus hilang..legaaa..:D Syima pun kena kan? Ish..sakit betul kan..

      Delete
  3. saat ni mia merasa pe yg dicitekan miza...tp xdela selang 10 minit..mia rs biasa kot..lps mkn je trasa nk buang air bsr...tp kekerapan g bilik air dh x terhitung...rs senak tu selalu ada....tkt terberanak awal je..huhu.cramp bagai tu dh lali sejak 5 bulan kndungan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke mia..yg semalam miza tak terasa nak membuang pn..rasa cramp sangat2..yg perut memulas aritu sbb angin. Hehe. Baru teringat sebab asyik membuang 'angin' je lepas sakit memulas tu. Heeeee. :D

      Delete
  4. mcm braxton hicks...tp kalau teruk sgt, cpt2 pegi hospital tau...risau gak kalau benda lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..alhamdulillah la lepas mengiring ke kiri tu terus hilang dan tak rasa dah sampai today. Risau jugak kalau dia nak keluar awal.

      Delete
  5. i dah start rs mengeras since 2 minggu sudah. Doctor kata yes, itulah contraction. Rahim tgh buat persediaan nak brsalin. tp lain org mmg akan rs lain2. ada yg rs mcm period pain, ada yg sakit pinggang shj & ada yg rs nak buang air besar. ada jugak yg alami semua rs di atas tuh tp apapun kalau dia hilang, ok lagi. tp kalau sakit berterusan, cpt2 gi spital yuk. just sharing apa yg i tau. take care.. ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. OOO..mcm tu ye dear.. thanks for the info. U dah dekat due kan? Normal la kot dah start mengeras, i ni still ada 9 weeks to go dah mengeras bagai. Takut one of the sign of premature labour je. Erkk..mintak dijauhkan. Amin.

      Delete
  6. Alhamdulillah tak rasa lagi.terasa rse ngeri jek kalu kena time pegi or balik keje tu..harus meraung sambil meredah jem..uuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..tau takpe. Ni nanti tak dapat cuti sampai la bersalin..haruslah lagi ngeri kalau tiba-tiba rasa nak contraction nak bersalin time otw gi or balik kerja. -______-"

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)