Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, August 29, 2012

Pregnancy : 16

Hellow,

16 days to go baby. Kenapa takmau keluar lagi? Kesian mama ngan papa tertunggu-tunggu. Lagi kesian papa sebab tiap kali pergi kerja mesti hati berdebar-debar. Nak solat pun tak senang takut masa solat mama call kata nak bersalin. Pergi kerja, papa mesti kejap-kejap stop check phone takut mama call tapi papa tak dengar. Handphone papa yang dulu main letak ikut suka sekarang dah jadi peneman setia mana-mana papa pergi. Kalau papa balik rumah nenek mesti tak lama, takut nak tinggal mama lama-lama dekat rumah. Tapi paling best sebab papa tak boleh nak lepak luar lama-lama lagi. Kalau papa nak keluar pergi mana malam-malam mesti papa bawak mama sekali.

Ingatkan semalam awak nak keluar la teman mama sambut birthday sekali, tapi awak tak keluar jugak. Siang tu mama happy sebab perut memulas-mulas banyak kali. Tapi bila dah petang, terus hilang segala rasa sakit tu. Hilang jugak instinct mama yang awak nak keluar semalam. Takpe lah sayang, awak keluar bila awak dah ready ye. Mama tau awak seronok duduk dalam tu, tapi bila dah sampai masa mesti awak nak keluar jugak kan. Dua hari lepas mama dah beli kan stroller dengan car seat baru untuk awak. Lepas beli terus simpan dalam kereta sebab ingat awak nak keluar semalam.

Dah terlepas target mama nak awak keluar semalam, next target nak awak keluar Jumaat ni. Masa tu awak dah 38 weeks dah dan memang elok-elok la awak keluar. Hari jumaat ni pulak 31 ogos, boleh la awak jadi anak merdeka ye. :D Tengoklah macam mana nanti ye. Hari-hari terasa bonjol dekat perut mama. Kaki awak agaknye. Awak dah besar dalam tu sayang, dah sempit dan tak muat. Dekat luar ni best banyak space. Awak boleh luruskan kaki dan menggeliat sana sini. Haha. Memang tak putus asa mama pujuk awak keluar cepat kan. Hari tu mama dah rendam akar fatimah. Tak sampai semalaman dah fully kembang. Tapi mama tak minum air tu sebab rasanya macam tak sedap. :D Mama saja nak tengok tahap kekembangan akar tu je. Kata orang cepat kembang, cepat bersalin atau mudah bersalin. Iye ke? Apa-apa pun Allah yang tetapkan semuanya. Harap semuanya selamat je.

Tak sabar nak tunggu awak keluar.

Assalamualaikum.

13 comments:

  1. hehehehe sabar ye mama! x lama lg tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tu la memang tak lama tapi hati ni yg tak sabar2..:P

      Delete
  2. hehehe.....baby nk kua 31 hbln kot..aeen pun swh dy kua 31 ogos ni..dpt jd ank merdeka....skg ni pun perot makin kerap sangat sakit....huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la aeen...kita ni sama2 la menunggu masa kan..da la due kita pn sama..sama2 tak sabar tggu keluar..jom la pujuk sama2 bby klua jumaat ni..dah xpikir pn pasal sakit semua..janji baby kluar cepat dan selamat..:)

      Delete
  3. cepat keluar ye baby..kot2 baby awak nak tunggu baby sy kuar sama2 kot..hehe..

    ReplyDelete
  4. hihi...
    kelakarkan kita ni miza...
    menanti-nanti bila baby nak keluar. hihi.
    kita kan bila sakit memulas je..
    rasa confuse.."Eh, ni sakit perut ape... nak buang air ke nak beranak..." hahaha..
    InsyaAllah, tak lama lagi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe Hana..kelakar betul..lagi kelakar bila tgk Hana pn post entry yg lebih kurang sama je..memang tak menyabar kita ni..

      Insyaallah Hana..siapa bersalin nnt jgn lupa update okeyyy.. :)

      Delete
    2. ok miza... nanti kita update same2 tau.. =)
      Kelakar betul.. hihi

      Delete
  5. hihi.just wait n see jela ek.mana tau doa kamu dimakbulkan ke.bb nk kuar sambut merdeka sekali :)

    ReplyDelete
  6. owh mama..sangat manis ayat mu :)
    insyaallah semoga semuanya baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..manis sangattt.. :P

      Amin..mudah2an semua baik2 je nnt. :)

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)