Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, August 26, 2012

Pregnancy : Full Term

Hellow,

Alhamdulillah today dah masuk 37w 2d..tengok ticker, aku ada lagi 19 hari lagi before due. Nervous tu ada la jugak, tapi ketidaksabaran tu lagi banyak. Tak sabar nak tunggu labour sign. Ada sesetengah orang yang takut bila dah dekat nak due ni kan? Aku tak macam tu sebab nya bukan aku perasan aku ni kuat, tabah dan tahan sakit punya orang tapiii kalau aku dok takut je nak bersalin nanti aku tak boleh nak concentrate during labour. Mula la dok terasa sakit tu lebih daripada excitement nak jumpa baby. Lepas tu kalau boleh aku tak nak fikir pasal masa yang aku dapat lepas baby dah keluar nanti. Semua new mommies mesti akan rasa stress bila tak dapat tidur cukup and so on kan? Aku pun sama, tapi aku takmau stress sebab niat di hati dah nak bagi anak susu badan. Orang kata kalau stress nanti production susu kurang. Betul kan? So aku abaikan perasaan tu. Tapi kalau dah Allah kata dah bukan rezeki aku nak fully BF baby aku, harus aku bersedia dan redha jugak kan? Kita semua nak yang terbaik untuk baby kita. Positive tu paling penting.



So kalau nak kira baby dah full term bila masuk 37 weeks ni. Baby dalam perut ni pun dah full term la kan. Baby oh baby, hari-hari mama tunggu tanda-tanda awak nak keluar. Kadang-kadang jadi tertekan. Sampai termimpi-mimpi mama semalam ada orang nak pecahkan air ketuban nak bagi awak keluar cepat tapi mama siap marah-marah lagi sebab nak bagi awak keluar bila sampai time. Tidur pun tak lena. Kejap alih sana, kejap alih sini. Tapi alhamdulillah bangun pagi masih cergas walaupun tidur kurang. Harap-harap nanti baby dah keluar, aku boleh rasa secergas pagi ni walaupun malam tidur lambat dan tak lena. Lately masalah constipation aku dah tak ada kot. Makin kerap aku membuang dalam satu hari. Kalau tak pergi membuang sehari pun, esoknya still boleh membuang dengan gembira walaupun perut terasa memulas-mulas. Punya la dok mengharap yang memulas-mulas tu tanda baby dah nak keluar, malangnya belum masa lagi. Perut memulas-mulas sekejap lepas tu dah tak ada. -_-". Paling kesian encek suami sebab pergi kerja dengan hati yang risau. Paling cepat dia boleh sampai rumah pun dalam masa 40 minit dari tempat kerja. Kalau nak cepat aku terpaksa drive ke hospital sendiri dan dia tunggu dekat sana. Doa sangat yang time aku sakit nanti, encek suami ada dekat rumah.

Pasal kaki membengkak pulak, kejap tengok macam dah bengkak. Kejap tengok macam tak bengkak. Tapi terasa la macam kaki kebas dan mencucuk-cucuk kadang-kadang tu. Nasib baik encek suami sudi nak urutkan kaki. Haha. Lepas tu sekarang ni aku dan encek suami makin ligat berjalan-jalan. Nak bagi proses bersalin cepat dan senang lah katakan. Jumaat malam lepas tercapai hajat nak pergi i-City tu. Sampai sana, rasa macam hampeh je sebab semua tak yang macam aku bayangkan. Entahlah, aku pun tak sure. Lepas tu rasa nak minum hazelnut white coffee dekat Old Town dah tercapai semalam. Walaupun encek suami penat, nak jugak dia bawak aku keluar semata-mata nak penuhi hajat isteri dia yang tah ape-ape tah mengidam semua benda last-last minute camni. Hari jumaat pulak malas sangat nak ke office, lantas ambil MC dan petang tu penuhkan hajat hati nak makan cheese fries dekat The Manhattan Fish Market. Hajat nak makan Giant Platter, tapi takut tak habis sebab makan berdua dengan encek suami je. Hari tu makan bertiga dengan kawan opis pun dah nak muntah nak perabiskan.
My nephew yang teman jalan-jalan. Layan upin ipin dulu..

Satu-satunya gamba yang nampak kurusss..Haha @37w

Minggu-minggu terakhir sebelum due ni aku memang makan banyak sangat! but i am a happy preggy women kot. Lepas ni kita berpantang kaw-kaw punya. Okeh, baru ingat tak mandi lagi...haha.

Assalamualaikum.

18 comments:

  1. huhu... hari rabu mlm kita peri icity jugak... hmm, takde best sangat pun...
    kaki kita dah bengkak masa penat berjalan... bila rest, dah ok sikit bengkak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..takde ar best sangat icity tu..kaki bengkak surut 3x dah xlama tu..masalahnya nk tau bengkak ke tak pun xreti..sama je tengok..

      Delete
  2. sy ari2 pesan kat baby,kuar 5 sep yer..sbb sy nak gi ekspo baby kat jb ni 5 oct depan..haha.smoga awk bsalin cepat2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..selalu kalau dok pesan keluar tu yg dia xnk keluar..i da pesan ari2 x jugak keluar2..sadiss..

      Delete
  3. sebelum due date kene makan macam-macam kan nanti time pantang terliur plak itu tak boleh ini tak boleh huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kan Cha, i rasa sebab i dok makan macam2 la baby takmo keluar lagi..seronok kot dalam tu dapat makan macam-macam..hahaha.

      Delete
  4. sama la ape yg kite rasa... hehehehe. paling x bole blah bila perut memulas2 tp da pk da nak bsalin. hehehe. pasti kite akan rndukan saat ni nnt kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe..haish..bila tengah tggu takde plak rasa nak memulas2.

      Delete
  5. i dulu 38w bersalin...haaaa u dah dekat sgt tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..i kalau boleh before 38 dah nak bersalin ni Nana..macam mana..gedik betul :P

      Delete
  6. org kata kalau kaki dh 3 kali bengkak dh nk bersalin.rara baru 2 kali.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal Rara..masalahnye i sdri tak tau kaki ni dah bengkak surut bape kali..haha..harap semua dipermudahkan utk kita kan?

      Delete
  7. dlu..bce blog B2B...skang bce blog M2B plak...hehehe...nway semoga selamat semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..biasa la tu bila b2b semua akan bertukar jadi m2b :) Tq ..moga2 selamat.

      Delete
  8. bebyyyy... bile mau kua? auntie yaya n abg yipan x sabo da nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beby takmo kluaq la yaya pepaya..yipan auntie yg buas..i lebiuu..

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)