Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, August 23, 2012

Random : 5 Syawal - Back to Square One.

Hellow,

Ramai lagi ke yang tengah bercuti raya? Amboi-amboi raya sakan nampak? Haha. For me, my raya dah habis as of yesterday. Today dah start masuk office. Walaupun tak ada benda sangat nak buat tapi i have to sebab nak save cuti bila dah ada anak nanti mesti banyak je nak kena ambil leaves kan? Nak bawak pergi check up lah, nak ke sana sini etc. Pagi tadi sangat best sebab perjalanan from house to office only took me less than half an hour je kot. Marvellous. Jalan sangat smooth. Hoyeah. Today nak balik awal rasanya sebabnya aku dah rasa sangat bosan tahan gaban dekat office ni. Area workstation aku tak ramai orang. Ada dalam 6 kerat itupun dua Melayu termasuk aku dan lain-lain Sarawakian. Kawan nak bersemabang pun masih lagi bercuti sakan. T-T.

Hari ni lunch pun lone ranger je. Jadinya bila dah lone ranger aku ambil keputusan nak try KFC punya menu baru, KFC Green Curry Combo. Not bad lah rasa green curry tu. Ada sikit-sikit rasa macam gulai ketam yang mak buat long long time ago. Haha. Habis pulak aku makan 2 ketul ayam dengan nasi tu. Hebat. Selama ni nak habiskan memang payah la.

KFC GCC

Semalam pergi rumah in laws sebab PIL dah buatkan air+minyak selusuh untuk menantu kesayangan beliau (for time being :P). Bukan je dapat minyak+air selusuh, siap dapat buaian letrik and set balang kuih lagi (hadiah wedding kami). Lepas tu kena bawak balik few wedding present yang dah lama tersimpan dekat rumah in laws. Malas nak bawak balik sebenarnya sebab tak ada tempat nak simpan + kami masih lagi duduk rumah my mum. Bawak balik pun barang yang nak pakai je, which is stock pot+steamer sebab rasa macam nak makan banyak-banyak ikan kukus masa pantang nanti. Haha.

Sebelum keluar ke rumah in law semalam, sempat aku buat cream puff yang tak berapa nak jadi. Resepi sama je kot tapi apsal lain macam je jadinya. Maybe sebab aku buat half ingredient pastu main letak je tak measure bagai. Bila dah alter baru lah agak menjadi cream puff nye. Alhamdulillah. Cream custard harus tambah gula lagi sebab rasa agak tawar. Next mission before deliver, nak buat red velvet cupcakes. Malas buat whole cake sebab nanti tak ada space nak simpan dalam fridge yang kecik kat rumah tu. Hoho. Marah mak aku kalau dia tau aku cakap cenggitu. :P
My mini cream puff


Assalamualaikum.


6 comments:

  1. rajin betul buat kuih..sy ni masak pun malas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..bila dah datang mood kena cepat-cepat buat..kalau tak memang tak jadi la..ni pn takes time nk buat sebab malas jugak. :P

      Delete
  2. kfc tu mmg best..ira first raya dah makan kfc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..kfc tu rasa best jugak. :) Amboi 1st raya dah makan kfc ye. :P

      Delete
  3. Miza, ramai kawan kite yang dah deliver masa raya baru ni... Adeh, rasa tertekan pulak... Bila ntah baby nak kuar.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe Hana..adoi..tertekan plak bila pujuk2 bby takmo kua awal..xpe2 ada masa lg ni..

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)