Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, July 18, 2011

JJCM - Day 5

Hellow,

Setelah aku berjaya membusykan diri aku last weekend, makanya i'm back dengan entry last JJCM aku. Tajuk je JJCM, tapi takde la cerita banyak pasal makan kan? Sadis, sadis. Aku je tau berapa banyak aku makan during 5 hari 4 malam tu. Haha. Dah sudah sila jangan merepek lagi. Mari kita mulakan sebab aku dah bosan nak tulis entry pasal ni.

Day 5

Place visited : Pekan Kuah, Padang Mat Sirat, near airport runway.

Misi hari tu sebenarnya nak beli apa-apa yang patut sebelum balik. Iyelah nak beli "to-buy" item yang sepatutnya dah beli tapi tak beli-beli dan additional chocolates untuk akak aku. Baru ingat nak pesan kah? Bangun that day awal sikit sebab nak kena check-out pukul 12 tengahari tapi flight pukul 10.40 malam. Bayangkan lah mana nak mencangok dalam masa almost 10 jam tu. Itu mistake yang aku kena ingat kalau next time nak pergi holiday dengan flight. T-T.

Lepas siap, kitorang make sure takde barang yang tertinggal dan keluar dari bilik. Kali ni dah tambah satu lagi bag trolley jadi 4 bag. Hantar kunci ambil deposit dan terus gerak pergi Pekan Kuah. Sempat lagi tengok minyak kereta still ada 2 ke 3 bar. Haish..banyak lagi ni. Rasa menyesal isi RM30 masa mula-mula sampai. Save jugak minyak kereta Viva ni kan? Sampai Pekan Kuah terus cari Haji Ismail Group (HIG) untuk beli chocolates yang dipesan oleh akak. Ingatkan beli yang dipesan je, tapi end up Encek Kajicuaca beli 4 bar Cadbury sebab ada buy 4 free 1 dan aku pulak beli Chocolate Syrup Hershey's dan fridge magnet 4 ketul. So far aku survey, fridge magnet dekat HIG je yang paling murah. Haha. Lepas tu pergi kedai lain yang aku tak ingat nama, beli kinder bueno yang sekali 3 pack tu 3. Maknanya 9 pack la aku beli. Dekat kedai tu paling murah, 3 pack RM6.90. Lain-lain kedai RM7.90. Aku beli 3 pack x3 sebab kalau beli yang dalam kotak ada 8 pack tu tak berbaloi dengan harga RM19.90. Aku beli 9 dengan harga RM20.70. So pandai-pandai la korang pilih mana yang berbaloi. Lepas tu beli chocolate gift box yang harga RM2 tu 5 kotak. Total lost tak payah tanya, sebab malas nak kira. Wuwuwuwu..duit habis sebab chocolates je.

Lepas beli tu, kitorang pergi Jeti Kuah sebab nak tengok Dataran Lang. Sampai je, makan dulu dekat gerai makan. Harga ok lah tak mahal sangat. Standard makan KL je kot. Menu dia aku tak berapa nak ingat sebab makan nasi campur. Lepas tu baru gerak pergi Dataran Lang. Time tu tengahari so panas gile kot time tu. Nak tangkap gambar pun macam "alamak aiii..panasnye..sepet jadinya mata aku ni.." habis sesi berpanasan bersama tourist yang lain, singgah pergi Langkawi Fair Mall. Siriyes aku cakap tak best. Kedai macam ada nak taknak je. Haha. On the way nak balik pergi Beras Terbakar, tiba-tiba tersinggah Langkawi Parade nak habiskan masa tengok wayang. Layan Transformers pulak. Nama wayang tu Chiah Mega Cineplex. Tak ramai sangat orang time dan harga tiket pun mahal bagi aku. RM12 oii. Kat KL RM12 kalau weekend kot. Haish, layan sajalah. Lepas habis tengok, terus gerak sebab takut kedai jual kain batik tutup.

As expected, sampai Beras Terbakar memang banyak kedai yang dah tutup. Aku gagahkan diri masuk celah-celah kedai dan nasib baik kedai yang nak pergi tu belum tutup lagi. Lepas grab 2 pasang kain batik, aku singgah kedai jual cempedak goreng. Harus beli sampai RM3 sebab sedap. Lepas tu try cari klinik sebab Encek Kajicuaca tengah tahan sakit bisol. Adoii time ni la bisol tu nak naik. ^*%*$*#_*@ betol la. Malangnya dekat area Padang Mat Sirat ni tak banyak klinik so terpaksa tahan jelah. Sementara tunggu pukul 8 nak hantar kereta, singgah kedai Laksa Power tepi runway tu dan kali ni makan Rojak Singapore. Tak banyak pilihan so aku main amek je la apa yang ada except udang sebab udang dia sangat besar dan harga seekor RM6. T-T. Total harga untuk rojak dan air RM11. Lepas tu nak budget romantik lepak tepi pantai tengok sunset. Hahaha.

Dekat pukul 8 malam hantar kereta dekat airport, ambil duit deposit dan masuk kaunter nak check in. Lepas print out ticket flight budget nak check in bag tapi orang tu kata awal lagi jadinya sesaja la nak mengetest berat 2 bag trolley dan aku dengan confident rasa less than 20kg. Bila timbang, mak aihhhh 22.8kg kot. Alamak aii, takkan nak tambah duit kot. Makanya kami amek keputusan untuk re-arrange balik barang dalam bag. Handbag penuh, backpack penuh, dan last solution cari bag lain. Aku pun gagahkan diri masuk kedai duty free dalam airport cari bag paling murah. Last baru jumpa bag yang sangat comel dan harga pun boleh lah. Nasib baik ada discount 10%, dapat kurang sikit. Bag tu printed dengan cat design, sangat comel ok. Lupa nak ambil gambar, nanti baru upload. tehee.. =D


Massaging time!

Lepas masukkan segala item yang dicopkan sebagai berat dalam tote bag baru, maka dengan ini berkuranglah berat sebanyak 4kg. Legaaa aku tak payah nak serabut taugeh dah. Sementara tunggu, sempat aku try massage chair. Haha. Depart on time tapi sampai lambat sikit sebab dia pusing ikut Seremban dan Port Dickson. 0000hours kami selamat sampai LCCT dan sampai rumah pukul 1 pagi. Balik letih tido tak sempat nak unpack. Sekian.


ADIOS

2 comments:

  1. yeayyyyy!

    i akan pakai entry u ni utk our 2nd honeymoon kat langkawi nnti...hehe

    ReplyDelete
  2. Nana : Boleh je..tapi kalau nak contact number untuk kereta sewa ke nak g island hopping ke bagitau..still ada simpan number tu..:)

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)