Pagi jumaat ni hujan rahmat. Best owh kalau cuti pastu goleks-goleks atas katil, tengok tv sambil makan nasi lemak lauk sambal udang. Owh..alangkah indahnya tapi malangnya aku kerja. So hape lagi, mari sambung untuk hari keempat.
Day 4
Aktiviti : Island Hopping
Harga : RM35 per person
Visited place : Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.
Total lost RM70 untuk trip Island Hopping. Oleh sebab boat tu tak stabil, jadi aku terpaksa duduk asing-asing dengan encek kajicuaca sebab ada ibu mengandung kena duduk belakang sekali dengan aku. Hehe. Boat yang kitorang naik, high speed boat so be prepare la nak cuak naik boat laju atas laut. Gile scary kot sebab ombak besar-besar. Haish..aku dok kaku je pegang besi dekat boat dengan tudung yang dah senget benget. Haha. Silap aku haritu aku pakai jeans padahal sebelum kua aku pakai tracksuit dah tapi lepas tu rasa macam tak kena dengan kasut kerok yang aku bawak tros aku tuko jeans. Topi dengan towel kecik harus bawak sebab nak lap muka yang kena air laut time naik boat.
Lepas tu pergi tengok burung helang dekat Pulau Singa Besar dalam 15 minit and then terus pergi Pulau Beras Basah untuk mandi manda. Pulau ni kira macam private beach la, so takde toilet or tempat tukar baju. Encek Kajicuaca je yang bermandi manda, aku duk tengok je sebab tak bawak towel dengan extra baju sume.
Masa time balik dari Pulau Beras Basah nak ke jeti paling menakutkan sebab ombak dengan angin gile kuat pasal baru lepas hujan. Ada satu time tu bila ombak lagi tinggi dari bot dan bot hampir terbalik. Nasib baik pemandu bot pro dan manage to control the situation. Menjerit gak orang dalam bot tu termasuk aku. Lepas tu dan dan le aku pegang tangan akak yang mengandung duduk sebelah tu sampai dekat jeti. LOL. Memang dasar penakot..
Balik bilik sidai-sidai baju lepas tu pergi rest kejap. Petang sikit pergi jalan-jalan dekat Pantai Cenang beli satu lagi beg trolley. Haha. Beli coklat sikit, lepas tu pergi makan dekat Padang Mat Sirat. Kali ni menu kitorang kuew teow goreng, nasi goreng ayam dengan ais kacang dua mangkuk dan total lost RM12. Dah kenyang gerak balik bilik dan start kemas baju dengan barang-barang lain sebab esoknya dah nak balik.
Hari tu rasa malas sangat nak balik dan start kerja. Banyak kerja yang menunggu dengan presentation nak kena fikir. Kan best kalau cuti banyak. Haha.
Ok. Bye.


haha..lawak kot " dan dan le aku pegang tangan akak yang mengandung duduk sebelah tu sampai dekat jeti. LOL. Memang dasar penakot.."
ReplyDeleteaku boleh membayangkan kaawwww~
Nadd : hahahaha..diam kawww...:P
ReplyDelete