Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, September 25, 2011

Apam Polkadot datang lagi...

Hellow,

Tetengah malam gini masih gigih nak hapdet belog ye. Baru lepas menyiapkan apam polkadot untuk kengkawan aku nak makan esok. Eh bukan aku buat open house, tapi jiran seberang umah merangkap classmate aku yang buat open house. Aku ni sekadar menumpang makanan je. Baru teringat yang filling blueberry dah nak expired next month, jadi sementara aku tengah rajin, aku pun habeskanlah. Malangnya tadi ke BWY, aku gi beli lagi satu peket filling blueberry. Nasib baik lew expired tahun depan.

Ada gaya boleh niaga tak? LOL


Oh entry di atas aku karang malam semalam, yang malam ni ada dekat bawah. Haha.

Untung-untung bawak apam polkadot sedekah dekat open ouse umah kawan, ada la plak jiran beliau yang nak meng'order'nya. Jadinya aku jual la dengan harga average 50 biji : RM20. Dapatlah aku meniaga 100 biji apam polkadot untuk jiran beliau minggu depan. Tak tau le filling blueberry tu cukup ke tidak nak siapkan 100 biji apam. Mungkin aku boleh try design apam tu jadi bentuk ladybird pulak memandang orang tersebut sangat berkenan dengan design ladybird. Jadinya tukar nama apam ladybird. Kahkahkah.

gigih jalan open ouse
Sekarang ni sapa nak wat open ouse, ajak je aku. Takde hal lah wei..takde aku takut nak gemok gemok kalau pi open ouse banyak mana pun. Ape taknye, asal pi umah orang mintak air suam je minum. Paling koman milo suam cicah biskut kering. Untung tak untung camtu? hahaha.

Minggu depan nak ke BWY lagi beli kotak, filling stoberi atau kiwi dan susu. Manatau untung ada yang nak order lagi..kikiki.

Okeh la. Malas mau tulis panjang-panjang. Bye!

4 comments:

  1. farah : kalau nk order msg je kat enpon aku..hahaha..

    ReplyDelete
  2. hahaahhahaha..support ke kena byr..hahhaahha :P

    wokey2..bru setlekan hal muffin

    ReplyDelete
  3. farah : kalau tempah berbayar lew..kekekeke..:P saport kengkawan nk start niaga..:P

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)