Hari ni sama cam hari-hari yang sebelum. Buat apa kat rumah kalau tak kerja ni dan berpantang ni? Pagi-pagi bangun pukul 11. Paling lambat aku bangun kol12. Itu memang tahap pemalas cipan dah tu. Sebenarnya kalau bangun kol12 tu, dah bangun tido bangun tido banyak kali, tu yang rasa tak puas tido jadi golek-golek atas katil sampai pukul 12. Nasib mak aku kerja, kalau tak dah bising sampai sederet jiran aku boleh dengar. Kalau weekend, insyaallah aku bangun awal pasal mak aku ada. Taknak bagi dia bising, baik aku bangun cepat-cepat. Haha. Bijak, bijak.
Oh ye, lepas bangun kol11, aku akan masak air untuk buat milo panas cicah dengan weetameal pak kob (Jacob's). Kalau encek suami ada, dia lah yang buatkan. Gigih dia tolong aku time pantang ni. Time ni la nak ambil kesempatan kan? Lepas ni harapan lah kot. Hehe. Lepas minum milo bagai..kalau hari tu aku kena mandi, aku tuang la belen air panas untuk mandi. Mandi air suam di tengahari. Selalu orang mandi air suam pagi-pagi je kot. Lepas mandi baru la siap-siap nak masak untuk makan.
Jadi sampai la ke tajuk entri kita hari ni, Jom Masak : Moi/Bubur/Nasi Air. Menu ni menu wajib dalam seminggu ada la dalam 5-6 kali aku masak. Senang je, sedap lak tu. Beras pun jimat, makan kenyang dan macam-macam lagi la. Ye, ye ye aku tau ramai yang pandai masak bubur, tapi kau nak share jugak resepi aku yang tak seberapa ni.
Bahan-bahan :
Beras 1/2 pot ( Lebihkan kalau nak makan banyak)
Isi ayam bahagian dada (Potong dadu)
Bawang merah (Hiris)
Bawang putih (Hiris/ketuk)
Halia (ketuk)
Minyak untuk goreng
Lada hitam (tumbuk/beli yang dalam serbuk)
Garam
Daun bawang untuk hiasan (kalau nak)
Cara-cara :
1) Basuh beras sampai bersih, masuk dalam periuk dan isi air sampai separuh penuh periuk.
2) Masukkan isi ayam dalam basuhan beras tadi, masak atas api sederhana.
3) Sementara tunggu beras masak dengan air rebusan ayam, goreng bawang merah, bawang putih dengan halia dengan sikit minyak sampai kekuningan.
4) Lepas kuning, tutup api dan masukkan bahan yang digoreng dalam periuk. Kacau rata.
5) Beras, isi ayam yang direbus kena selalu kacau untuk elakkan dari melekat kat bawah periuk.
6) Isi air dalam periuk kalau nampak air dah kurang atau nak kering. Masuk banyak pun takpe sebab nasi akan cepat hancur dan pekat.
7) Sambil kacau-kacau sambil lenyekkan nasi supaya hancur.
8) Agak-agak bila dah nak siap, masukkan garam secukup rasa dengan lada hitam. Kacau sebati tutup api.
9) Senduk bubur nasi dalam mangkuk dan tabur dengan daun bawang. Siap.
![]() |
| Yummss! |
Ok. Sape nak cuba sila cuba. Menu kalau nak diet, save duit, pantang etc.
Jumpa lagi!



No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)