Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, March 30, 2012

2nd Checkup + Random Crap

Hellow,

So semalam pergi my 2nd checkup. Dah plan dah ni awal-awal yang hari rabu taknak makan banyak sangat. Pagi tu makan nasi lemak lauk sambal kentang. Okeh fine, tengahari tak makan so kami tidur from 11.30 a.m sampai 1 p.m. Bagus lah kan buat company ni macam pak hang yang punya. Balik tu, encek suami fetch up dan singgah ke tesco nak beli barang-barang dapur dengan instant food untuk bawak pergi outstation next week. Sempat beli panties dan nursing bra sekali. Saja nak try kot-kot la selesa pakai boleh beli lagi sebab murah. =) Turun bawah singgah BR beli fav ice cream. Double scoop pulak tu sebab ada special offer kalau pakai baju colour pink padahal kami suami isteri tak pakai pun pink. Hehe. Lepas tu teus pergi timbang 20 sen. Mak aihh, ingat lepas dah bersusah payah sakit perut membuang 3x hari tu dapatlah kurang sekilo dua berat, tapi harapan jelah. Berat 57.7kg. Dang!

Okeh fine, malam tu dah fikir takmo makan. Lepas tu encek suami boleh pulak request suruh aku buat bubur nasi dengan ayam. Teringin nak makan katanya. Bila dah siap masak, rasa nak makan satu mangkuk kecik satu. Eh sedap pulak, tambah lagi satu mangkuk lagi lepas tu stop. Balik dari gym, encek suami makan bubur dan dekat pukul 12, boleh pulak ajak pergi uptown dekat The Mines tu. Tak sampai setengah jam pusing sana sebab bosan dan tak ramai orang, kami pun balik. Before balik sempat beli sengkuang potong dengan jambu. Sebab esoknya cuti nak checkup, encek suami nak jalan-jalan lagi dan end up pergi makan roti nan cheese dengan tandoori dekat ABC. Minum pulak milo suam sambil aku curi-curi minum teh ais encek suami 3 4 kali. Memang terbaik lah lepas tu balik terus tido sebab takut bangun lambat esoknya. -____-".

Pagi checkup, bangun agak lambat sebab budget nak keluar rumah pukul 6.50 a.m la kot tapi last-last keluar pukul 7.10. Sampai KK Putrajaya 7.35 a.m terus ambil nombor dan tunggu. Masa ambil no tu ada lagi 6 orang atas aku. Bila dah kena panggil, ambil kad scan dan terus pergi buat urine dan HB. Tang tu kejap je, sebab awal lagi dan tak ramai orang. HB turun sikit from 11.9 to 11.2. Lepas tu tunggu untuk masuk bilik nurse. Masa masuk, nurse suh timbang sendiri. Naik je penimbang, berat jadi 57.75kg, tapi cakap kat nurse 57.7kg. Hahaha. Nurse tulis kat buku, lepas tu dia cakap pasal blood test last checkup semua ok. Dia suh baring and check perut, ambil ukuran ape tah lepas tu suh aku duduk balik. Hah, time ni la dia start cakap pasal berat sume. Dah ku agak dah. "Sepatutnya bawah 20 minggu kena naik 0.5kg sebulan kenapa awak naik sampai 2kg blablablabla..." Aku sengih je la. Lepas tu dia bagi buku panduan pemakanan so on dan ambil ubat. Pukul 8.30 a.m dah habis okeh. Sejam je rupanya, so lepas ni boleh la aku mintak time off. Jimat cuti aku.

Balik tu pergi makan dekat food court dulu, then singgah rumah akak aku sambil membuat lawatan dekat anak buah kesayangan. Ingat nak singgah sekejap tapi dah tertidur sampai kol 2 baru nak balik. Balik tu lapar terus makan McD sebab tengah murah. Hahaha. Terus lupa kot yang aku nak diet.

Diet-Plan : Google
 Pagi ni menu baru aku : Susu Dumil Mama + Oats. Harap-harap berat maintain lah sampai next checkup. Harap-harap bukan angan-angan je nak maintain berat. Hihihihi.

Esok ada class dan ahad akan terus naik flight ke JB. Will miss encek suami for a week. :(

Assalamualaikum.

7 comments:

  1. Replies
    1. Owh..memang la sama..tapi yg tak samanya sy baru 16w ekin dah lebih 20w dah..huwaaa..:( heheheehehe.

      Delete
  2. kite pun naik berat... takut jugak nk menghadap nurse isnin dpn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..sama-sama la kita berdiet lepas ni Hana.. :)

      Delete
  3. saye pon setiap kali nak check-up kat KK..2-3 sebelum tu dan2 jage makan..makan sayur bayam n jambu lebih konon2 nak HB cantik..pagi2 sebelum pergi KK makan ubat iron tablet yang sebelum tu jarang2 nak makan-siap amik 2 bijik- huhu..berkesan tau..!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkesan ehhh..tp utk HB je ke..mcm mana dgn berat ni..da la nk kena monitor kalau tak minum air gula la jawabnya...adoii..hehehe..skg ni tak bole la nak masuk blog aty and few blogs yang lain..adeh tension nye..nk komen pape pn tak dapattt..

      Delete
  4. berat kita lebeh kurang skang nih....hehe tu hari pun kene bebel sbb berat naik lebeh..tapi bagi alasan sbb mula2 preggy jadik kurus..skang masa untuk naikkan balik! hehhe

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)