Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, April 24, 2012

Baby Stuff : Stroller + Carrier/Carseat

Hellow,

Kalau cakap pasal stroller, aku memang tak pernah fikir pun lagi nak beli stroller brand apa, features yang macam mana apa tah lagi consider pasal weight ke ape ke. Bukan nak kata tak nak beli, ada dalam list cuma rasa belum masanya lagi kot. Masa shopping kat OBW, aku ada tengok stroller Esprit Sun Plus 11, harga dalam RM300++ masa ada sales haritu. Baru-baru ni tengok dah jadi RM400++. So aku budget range dalam RM300-RM400++ la kot untuk brand tu. Tapi stroller tu ada 4 roda dan encek suami suka pulak yang ada 3 roda. Nak anak dia nampak bergaya je kan. Lepas tu kami dah malas fikir sebab lambat lagi nak beli.

Esprit Sun Plus 11
 Minggu lepas, encek suami pergi melepak dengan cousin dia. Dia kata cousin dia nak jual stroller MacLaren jenis apa aku tak sure dengan harga RM500. Fyi, cousin dia masih belum ada rezeki untuk ada anak, aku assume yang stroller tu masih baru. Kalau tanya aku ON je lah. Murah kot. Mostly aku tengok stroller MacLaren range harga RM600-1000++. Encek suami tak setuju sebab dia kata dia still nak yang 3 roda. Haha. Adoi la suami aku ni kan.

Masa shopping weekend lepas kat Jusco, sambil aku pilih baju baby, sambil tu encek suami berjalan-jalan survey stroller semua. Masa balik tu encek suami mula cakap yang dia berkenan dekat stroller SweetCherry. Aku tak sure which type yang dia suka, most probability yang ada 3 roda. So i did some survey and 'google'ing job yesterday dan aku jumpa SCR1, SCR3 dan SCR6. Dia kata kat jusco dalam RM390+ kot, so aku rasa SCR6 yang dia berkenan. Buat survey pasal SCR6 dan aku rasa aku pun dah berkenan. Haha. nak beli Quinny Zapp memang tak dapat la kan, haruslah ambil SCR6 sebab ada gaya macam Quinny Zapp. Ada juga terbaca entry dari Nana pasal stroller ni, dah lama kot masa January lepas aku baca. So aku re-visit balik tengok features dan comparison yang Nana dah buat dekat sini.

Credit : http://girlish87.blogspot.com/2012/01/stroller-car-seat.html
So our choice haruslah SCR6+SCR7 sekali. Kalau beli kat SweetCherry untuk dua-dua tu dalam RM700. Terlebih budget sikit tapi insyaallah akan diusahakan memandangkan claim bulan ni banyak. Rezeki lebih untuk baby. Masih survey harga dekat tempat lain. Ada yang kata dekat Jusco lagi murah dari SweetCherry online. Khamis ni lepas check up aku nak survey dulu. Kalau Jusco tengah sales mesti lagi murah kan? Haha. Haruslah buat rancangan penjimatan kan. Berbelanja dengan bijak la sangat.

My officemate ada beli stroller Quinny Zapp Extra + Maxi Cosi (car seat) dekat Holland masa ikut husband dia kerja haritu dalam RM1200++ after tax nak masuk Malaysia semua. Aku rasa sangat murah tu. Dia kata dekat sana harga Quinny Zapp dalam USD200 je kot kalau tak silap. Still murah bila dah convert dalam RM. So sesiapa yang suka travel luar negara tu, haruslah beli dekat sana. Lepas tolak tax semua pun harga still murah.

Dekat mudah.my ada yang nak let go SCR6+SCR7 dengan harga yang murah. Condition ada yang 9/10 dan ada yang 10/10. Kalau pakai sekali dua, rasanya tak salah kot beli dekat situ. Lainlah dah ada scratch semua. Memang reject dah.

After stroller, next pasal bouncer pulak.

Assalamualaikum.

19 comments:

  1. ermm, skang kalau nak pilih brg bayi mmg pening kan?mcm2 pilihan..

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pening sangattt..hehehe..kadang2 duk opis ngadap benda ni je..hihihi

      Delete
  2. suka sangat entri ni... sebab semalam baru survey2 online dan bincang2 dgn suami. ntah knp dalam banyak2 barang baby... kita nak beli stroller ni dulu.. hihi..
    thanks for sharing. kalau ade sale kat jusco, bgtau ye.. hehe.
    kakak ipar kita beli Quinny.. dekat Rm2000, memang tak mampulah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..yeke..insyaallah kalau ada sales sy bgtau Hana.. :)

      Delete
  3. salam Miza, sy pun mngidam quinny, sanggup nk cut cost bnda lain sbb nk dptkn quinny, tp ramai je ckp jgn beli yg mahal2.. nway, terpulang selera kita kn.. tapi nti miza dh habih survey, update ye.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah akan di update..hehehe..quinny sangat mahal..tapi kalau dah ada rezeki lebih apa salahnya kan..

      Delete
  4. sama la! minat yg 3 roda..quinny tu mmg idaman tp mcm xmampu je..mmg plan nak amek SCR7 & SCR6..tp betul, mmg byk yg preloved tp condition ok, maybe dorang nak amek stroller lain plak kan @ anak dorang xnak pakai stroller..dekat melaka ade kedai yg jual murah sket..SCR6+SCR7 kl xsilap RM620..tp plan nak beli stroller lepas pantang..tp dok tgk jugak (xsbr nak ade sbijik) haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius ke harga rm620? murahhhh..hehehe..memang tak sabar kan nak ada sebijik..miza tak plan nk beli bila...so kalau ada offer murah terus grab je nnt.. :)

      Delete
  5. dear...hari tu masa ada j-card sale, stroller & car seat SCR murah giler tau...so u tunggu la bila ada j-card sale nnti...hehe

    i plan nk beli stroller lps habis pantang nanti...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh..yeke..insyaallah akan tggu kalau ada J-card day..hihihi..thanks for the info nana.. :)

      Delete
  6. elow b2b....ira dh ex-2b..just nak share my pandangan...before ira besalin aritu ira dah beli stroller bcoz ada sale kat jj...ati semangat membara..after besalin,ira ltk bb dlm stroller sgt la bb x suka..bb suka lagi pkai bb carier...last2 stroller tu dijual jew..bila bb dah smpai weight yg rasa xlarat nak dibawa,akhirnya tpaksa beli stroller tp soh bb yg pilih..stiap stroller test satu2..las2 dpt jgk beli stroller yg bb rasa selesa & harga sgt murah just rm100..cadangan ira yew before besalin jgn beli lg stroller kdg2 tkt x besesuaian... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ow..yeke..ingatkan baby tak memilih stroller..hihihi..kena tggu pas bersalin la nampak gayanya ni..

      Delete
  7. anis bli scr9+scr7....baby lg slesa duduk dlm tuh...cuma tmbah wet lg skit je dr sc6+scr7...cuba tgk dkt blog anis...tp bsr ckit la stroller scr9...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis...yg SCR6 ni pun dah besar gedabak dia punya stroller..hihihi..ada tgk scr9 smalam kat jusco..:)

      Delete
  8. salam..juz nk share cz minat kita lebey kurang same...mmg sgt admire ngan quinny tp rasa mcm xmampu..hihi...then stlh dsevey2 dibelek2 dpikir2 rasa nk scr6 or scr9 je..then bila tgk spec2 kat scr9 lg ok..trs oder kat sweetcherry online...hasilnya...puas ati n baby selesa kat dlm 2...bley juga jdkannya sebagai sleeping basket...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wmsalam. Sebenarnya dah beli pun SCR6+SCR7 tu..sangat bulky la SCR6 tu kan. Tak larat rasanya nak bawak kehulur hilir kalau sensorang. Ada jugak tgk SCR9..memang nampak best. Insyaallah tengok baby mcm mana dulu..Kalau tak ok then tukar la stroller lain jawabnya. :)

      Delete
  9. Terbaca plak blog ni secara x sengaja.. Rupenye ramai yg nak cari stroller... Klu blum ade keputusan lg blh la singgah kat facebook saya Laila Faizal. Sy ade jual stroller secara online. Terima kasih..

    ReplyDelete
  10. Tengah survey stroller for my son. Teringin stroller maclaren quest. yang paling penting sebab lightweight..hehe

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)